Kimanis calon Mukhriz

KIMANIS 9 Okt. – Pemuda UMNO Bahagian Kimanis mencalonkan Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukriz Tun Mahathir untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO pada mesyuarat UMNO bahagian itu di Dewan Masyarakat Membakut, di sini, hari ini.

Ketua Penyelaras Mesyuarat Pemuda, Wanita dan Puteri Kimanis, Mohd. Arifin Mohd. Arif berkata, Mukriz mendapat 51 undi, manakala Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin memperoleh 31 undi.

“Keputusan muktamad selepas undian menetapkan Pemuda UMNO Bahagian Kimanis mencalonkan Datuk Mukhriz Tun Mahathir,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Membakut berkata, Pemuda UMNO Bahagian Kimanis turut mencalonkan Ahli Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim sebagai Naib Ketua Pemuda.

Selain itu katanya, Pemuda bahagian berkenaan mencalonkan empat Ketua Pemuda dari Sabah untuk jawatan Exco Pemuda UMNO iaitu Mohd. Alamin (Ketua Pemuda Kimanis), Nixon Abdul Habi (Ketua Pemuda Semporna), Shahilmey Ahmad Shah (Ketua Pemuda Putatan) dan Gasing Saling (Ketua Pemuda Kalabakan).

Dalam pada itu Ariffin berkata, Mohd. Alamin yang memegang jawatan Ketua Pemuda bahagian itu 2004, mempertahankan jawatan tersebut dalam pertandingan dua penjuru dengan Abu Bakar Ajak.

Katanya, Dulamin Tapa pula mengekalkan jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kimanis menewaskan Roslan Ali.

Sementara itu, Mohd. Ariffin berkata, Wanita UMNO Kimanis juga sebulat suara mencalonkan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz sebagai Ketua Wanita dan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Naib Ketua Wanita.

Katanya, Maznah Ghani pula mempertahankan jawatan Ketua Wanita Kimanis selepas menewaskan Jamaiah Adnan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s