Kemuliaan peribadi Pak Lah

UTUSAN MALAYSIA

KIMANIS 10 Okt. – Keputusan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak bertanding jawatan Presiden parti pada pemilihan Mac depan sebagai mencerminkan peribadi beliau yang sangat mulia.

Ketua UMNO bahagian Kimanis, Datuk Anifah Aman (gambar) berkata, keputusan tersebut bukan satu perkara yang mudah untuk dilakukan oleh mana-mana pemimpin apabila sudah berada di tampuk pemerintahan.

“Kami gembira Abdullah tidak bertanding jawatan Presiden UMNO, ini adalah pengorbanan besar beliau selaku Perdana Menteri, bukan senang hendak turun daripada jawatan itu walaupun orang di sekeliling beliau mahukannya kekal.

“UMNO perlu kepimpinan baru yang diyakini rakyat, ahli-ahlinya dan rakyat secara keseluruhan,” katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Kimanis di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Membakut dekat sini hari ini.

Rabu lalu, Abdulllah mengumumkan tidak akan bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti pada Mac 2009 bagi membolehkan proses peralihan kuasa berjalan lebih awal.

Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis berkata, pilihan Abdullah untuk menyerahkan kuasa kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak adalah tepat dan bijak.

Katanya, ini kerana Najib sangat berpengalaman dan pernah menjawat pelbagai jawatan dalam parti dan kerajaan termasuk sebagai Menteri Besar Pahang, Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Pertahanan.

“Kita lihat akhir-akhir ini ramai yang tawar diri bertanding jawatan tertinggi tetapi lupa bahawa seorang Perdana Menteri perlu bersaing bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi juga antarabangsa,” katanya.

Sementara itu, beliau menegaskan sekali lagi tidak mempunyai sebarang niat untuk melompat parti kerana yakin UMNO dan Barisan Nasional (BN) masih relevan untuk membela nasib rakyat Sabah.

“Saya tidak ada niat untuk melompat parti, yang ajar orang Sabah melompat parti ialah (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) ketika beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, Timbalan Presiden UMNO dan Menteri Kewangan,” katanya.

Jelasnya, kelantangan beliau sebelum ini bukan bermaksud atau membayangkan akan melompat parti tetapi hanya menyuarakan hak, kepentingan dan isu-isu di Sabah.

“Saya bersuara bukan bermaksud menentang, kenapa bila kita bersuara sering kali dianggap membantah, tidak berhemah, hendak lompat, tak kan sampai kita kena jadi pembangkang baru boleh bersuara,” tegasnya.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s