Najib, Muhyiddin dapat dua pencalonan terawal

SOKONG… para perwakilan UMNO Bahagian Machang mengangkat tangan tanda menyokong pencalonan Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO pada Mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian itu di Machang, semalam. – Gambar ROSNI MASRI



KUALA LUMPUR 10 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima pencalonan awal apabila dua bahagian UMNO mula bersidang hari ini, masing-masing untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO pada pemilihan parti itu Mac depan.

Mesyuarat UMNO Bahagian Kimanis di Sabah dan Umno Bahagian Machang di Kelantan merupakan bahagian yang pertama daripada 191 bahagian Umno di seluruh negara yang mengadakan mesyuarat perwakilan mereka.

Najib yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri semalam menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden selepas Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan keputusan tidak mempertahankan jawatan itu Rabu lepas.

Muhyiddin yang merupakan Naib Presiden UMNO dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengumumkan hasrat bertanding jawatan Timbalan Presiden parti pagi ini.

Di Machang, Najib dipilih secara majoriti sebagai calon Presiden walaupun Ketua UMNO Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah juga dicadangkan oleh perwakilan. Bahagian itu sebulat suara memilih Muhyiddin untuk jawatan nombor dua.

Bagi pencalonan jawatan Naib Presiden, UMNO Bahagian Machang menamakan Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan Tan Sri Annuar Musa, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO yang juga Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

UMNO Bahagian Kimanis pula mencalonkan Hishammuddin, Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar sebagai calon Naib Presiden.

Bahagian UMNO Tumpat di Kelantan dan Besut di Terengganu akan bermesyuarat esok sebelum 22 bahagian lagi bermesyuarat Ahad ini.

Sekurang-kurangnya 58 pencalonan diperlukan untuk layak bertanding jawatan presiden parti, 38 pencalonan untuk jawatan timbalan presiden dan 19 pencalonan untuk jawatan naib presiden.

– Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s