Ketua Wanita: 8 bahagian calonkan Shahrizat

UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Pencalonan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil untuk merebut jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO dianggap satu kejutan kerana ia bercanggah dengan pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui oleh kepimpinan pergerakan itu sebelum ini.

Penasihat Khas Kepada Perdana Menteri itu hari ini mendapat tujuh pencalonan daripada Wanita UMNO Bahagian Bagan Serai, Taiping, Bukit Gantang, Kalabakan, Teluk Kemang, Kinabatangan dan Kampar selain satu pencalonan daripada bahagian Beruas di Perak semalam.

Bagaimanapun, Shahrizat telah melepasi kelayakan pencalonan untuk mempertahankan jawatan Naib Ketua dengan 39 pencalonan berbanding Datuk Seri Azalina Othman Said (empat), Datuk Kamilia Ibrahim (tiga) dan Datuk Halimah Mohamed Sadique (satu).

Penyandang, Tan Sri Rafidah Aziz yang dijadual menyerahkan jawatan Ketua Pergerakan Wanita itu kepada Shahrizat melalui pelan peralihan kuasa pada Jun depan, turut melepasi kelayakan dengan mendapat 39 pencalonan.

Sekurang-kurangnya 38 pencalonan diperlukan untuk layak bertanding jawatan Ketua Pergerakan Wanita dan 27 pencalonan bagi Naib Ketua.

Dalam pada itu, Azalina yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO mendapat pencalonan Naib Ketua daripada Wanita UMNO Bagan Serai, Bukit Gantang, Teluk Kemang dan Beruas.

Kamilia yang merupakan Exco Wanita memperoleh pencalonan daripada Wanita UMNO Bahagian Taiping, Kalabakan dan Kampar.

Halimah yang juga Ketua Wanita Johor mendapat pencalonan daripada Kinabatangan.

Sehingga pukul 12 malam ini, sebanyak 47 daripada 191 bahagian Wanita UMNO telah selesai mengadakan persidangan perwakilan.

Esok, sebanyak 14 lagi Persidangan Perwakilan Wanita dijadualkan berlangsung.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s