Ku Li dipelawa sertai pembangkang

UTUSAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR 11 Okt. – Ketua Dewan Pemuda PAS, Salahuddin Ayub hari ini secara peribadi mempelawa Tengku Razaleigh Hamzah untuk menyertai Pakatan Rakyat sekiranya ahli Parlimen Gua Musang itu tidak sefahaman lagi dengan UMNO.

Salahuddin, yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, tujuan mempelawa Tengku Razaleigh adalah untuk memperkukuhkan pakatan pembangkang melalui idea dan pengalamannya terutama dalam bidang ekonomi.

”Secara peribadi saya mempelawa Tengku Razaleigh untuk menyertai Pakatan Rakyat. Setakat ini belum ada pertemuan secara rasmi lagi dilakukan untuk tujuan itu melainkan pertemuan biasa. Dua hari lalu saya lontarkan pelawaan itu kepada Tengku Razaleigh di Kota Baharu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS di sini hari ini.

Ditanya mengenai maklum balas daripada Tengku Razaleigh, Salahuddin berkata:

”Saya diberitahu secara tidak rasmi oleh pembantu beliau bahawa dia hanya tersenyum di atas pelawaan saya itu.”

Kelmarin Tengku Razaleigh menegaskan beliau tidak akan meninggalkan UMNO sekiranya tidak terpilih sebagai Presiden pada pemilihan parti Mac tahun depan.

Beliau berkata, apa pun keputusan ahli parti dalam pemilihan itu, beliau akan menerimanya dengan baik dan tidak sesekali bertindak keluar parti yang dianggotainya sejak 47 tahun lalu.

– Bernama

2 responses to “Ku Li dipelawa sertai pembangkang

  1. ANAK KECIL MAIN API ….. TERBAKAR HATINYA YANG SEPI ….. AIR MATA DARAH BERCAMPUR KERINGAT … BUMI MILIK DIAMBIL ORANG…. NENEK MOYANG KAYA RAYA …. TERGADAI SEGALA HARTA BENDA ….. AKIBAT SENGKETA ANTARALAH KITA….. Fikir-fikirkanlah.

  2. penulis_cyber

    Baguslah ikrar Ku Li di atas….. nanti pisang berbuah dua kali …

    Pas nak ‘main kahwin kahwin ‘ lagi denga Ku Li ?

    Nak ‘anak’ dengan Ku Li pula selepas ‘Anwar’ dituduh luar tabie ?

    Macam macam politik kita sekarang ini ….

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s