Rafidah sedia timbang semula peralihan kuasa

http://www.utusan.com.my/

 

 

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz (gambar) bersedia untuk menilai kembali pelan peralihan kuasa antara beliau dengan timbalannya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil jika itu yang dikehendaki ahli-ahli akar umbi sayap berkenaan.

Beliau berkata, penilaian itu akan dibuat apabila kesemua 191 Wanita UMNO bahagian di seluruh negara habis bersidang tidak lama lagi.

”Habis semua bahagian barulah kita menilai kembali (peralihan kuasa dalam Wanita),” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai beberapa Wanita UMNO bahagian di seluruh negara yang mencalonkan Shahrizat bertanding jawatan Ketua Wanita walaupun sudah ada persefahaman kedua pemimpin itu untuk melakukan peralihan kuasa pada Jun depan.

Tindakan beberapa bahagian itu dilihat sebagai agak mengejutkan.

Shahrizat sebelum ini berulang kali menyatakan beliau komited dengan pelan peralihan kuasa itu dan tidak akan mencabar Rafidah untuk jawatan berkenaan.

Jumlah pencalonan untuk Shahrizat bertanding jawatan berkenaan semakin bertambah apabila Pergerakan Wanita UMNO Sepanggar, Sabah, hari ini turut membuat pencalonan serupa.

Mengulas lanjut perkembangan itu, Rafidah berkata, beliau menerimanya dengan positif dan melihat ia sebagai sesuatu yang baik untuk demokrasi.

”Saya tidak rasa apa pun, ini demokrasi dan terpulang pada dia (bahagian-bahagian yang mencalonkan Shahrizat),” katanya.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa pencalonan untuk Shahrizat itu mencerminkan bahawa ada segelintir Wanita bahagian yang mahu peralihan kuasa sebelum ini dipercepatkan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s