UMNO Kelantan cadang jawatan Timb. Presiden di runding

Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 12 Okt. – Badan Perhubungan UMNO Kelantan mencadangkan Datuk Seri Najib Tun Razak merundingkan pengisian jawatan Timbalan Presiden UMNO agar persaingan bagi merebut jawatan itu dapat dielakkan.

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa berkata, polarisasi ekoran persaingan merebut jawatan nombor dua dalam parti itu kini semakin menular secara senyap dalam UMNO dan ia kian meruncing.

“Walaupun pertandingan terbuka ini boleh dilihat sebagai baik dari satu sudut, namun ia mungkin akan membawa kesan yang tidak diingini kepada parti.

“Lagipun kini sudah timbul riak-riak untuk menolak orang itu, orang ini dan istilah barisan ‘orang itu orang ini’,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau menambah, sekiranya keadaan itu terus dibiarkan, ia boleh menyebabkan munculnya keadaan berpuak-puak dalam UMNO.

“Jika ia berlaku, maka pelan peralihan kuasa daripada Presiden, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Timbalan Presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak seolah-olah disia-siakan,” ujarnya.

Annuar menegaskan, sekiranya Najib berjaya mengambil alih jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, beliau mempunyai budi bicara untuk melantik timbalannya yang biasanya daripada Timbalan Presiden UMNO.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s