Abdul Aziz tarik balik petisyen


http://www.bharian.com.my/

 

Oleh Azmi Md Deros dan Siti Fatimah Mohamed Anwar
bhnews@bharian.com.my

Calon BN Kulim/Bandar Baharu lepas hak cabar kemenangan PKR 

ALOR STAR: Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kulim/Bandar Baharu, Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir, semalam menarik balik petisyen untuk membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang dimenangi calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Zulkifli Noordin. 

Abdul Aziz mengemukakan permohonan untuk tidak meneruskan petisyen itu melalui peguamnya, Datuk Hafarizam Harun dan Firoz Hussein serta diluluskan Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Balia Yusuf Wahi.

Abdul Aziz yang ditemui kemudian berkata pihaknya sudah berbincang dengan pucuk kepemimpinan Barisan Nasional (BN) yang bersetuju supaya petisyen itu tidak diteruskan bagi membolehkan semua pihak memberi tumpuan mengukuhkan ekonomi negara. 

“Keputusan ini dibuat dengan mengambil kira faktor ketidakstabilan ekonomi dunia yang sudah tentu akan mempengaruhi ekonomi negara. 

“Demi kepentingan penduduk Kulim/Bandar Baharu dan negara, saya bersedia berkorban dengan melepaskan hak saya untuk mencabar kemenangan calon PKR supaya rakyat dapat bersatu hati menggunakan masa dan tenaga membangunkan semula kestabilan politik, ekonomi dan perpaduan,” katanya di sini, semalam.

Pada pilihan raya umum 8 Mac lalu, Zulkifli mendapat 22,255 undi menewaskan Abdul Aziz yang memperoleh 16,672 undi. 

Abdul Aziz berkata, beliau juga percaya sistem demokrasi yang diamalkan mengajar masyarakat menghormati keputusan yang dibuat oleh pengundi. 

Sementara itu, Pengerusi BN Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, penarikan balik petisyen dibuat bagi memberi tumpuan terhadap isu yang lebih besar termasuk kesan dialami negara berikutan krisis ekonomi dunia dan hal ehwal politik parti.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s