Harga minyak turun lagi, kali ini antara 10 hingga 20 sen

Mstar 
Selasa Oktober 14, 2008

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM2.30 sen seliter berkuat kuasa esok.

 

Harga petrol RON92 juga dikurangkan sebanyak 10 sen kepada RM2.20 manakala diesel turun 20 sen kepada RM2.20.

 

Ia merupakan kali ketiga kerajaan menurunkan harga petrol dan diesel.

 

Kerajaan sebelum ini telah melaraskan harga runcit petrol, masing-masing pada 23 Ogos dan 25 September lalu.

 

Pada 25 September lalu, harga runcit petrol dan diesel diturunkan 10 sen seliter menjadikan petrol RON97 kini RM2.45 seliter, RON92 (RM2.30) dan diesel (RM2.40).

 

Pelarasan terbaru harga petrol dan diesel adalah kali kedua dilakukan kerajaan sejak yang pertama pada 23 Ogos lalu. Dalam pelarasan pertama, harga runcit petrol RON97 diturunkan 15 sen seliter daripada RM2.70 kepada RM2.55, RON92 pula dikurangkan 22 sen seliter daripada RM2.62 kepada RM2.40 dan diesel lapan sen seliter daripada RM2.58 kepada RM2.50.

 

Pada 4 Jun lepas, kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen atau kira-kira 41 peratus, kepada RM2.70 seliter daripada RM1.92 seliter, berikutan lonjakan harga minyak mentah dunia ketika itu.

 

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan mengambil keputusan tersebut ekoran harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhirakhir ini.

 

Mengumumkan perubahan harga itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini, Abdullah berkata, harga minyak turun kepada purata AS$82 setong di pasaran antarabangsa.

 

Abdullah berkata, kerajaan membuat keputusan mempercepatkan pengurangan harga runcit petrol dan diesel bagi membolehkan orang ramai menikmatinya segera.

 

Advertisements

2 responses to “Harga minyak turun lagi, kali ini antara 10 hingga 20 sen

  1. Tak ada pilihanraya.. Pak Lah tak ada niat tanding apa apa… Tak ada hujan tak ada ribut….tup tup turun lagi harga minyak…

    Jadi, mana satu betul ni ?

    Kerajaan buat kerja kerana ada apa apa atau memang mengikut keadaan semasa ?

    Nilai nilaikanlah dan jangan mudah mengata.

  2. SABAR adalah sebahagian daripada IMAN …. dek oiiii. Jgn tahu nak salahkan KERAJAAN je… kutuk … kutuk …. kutuk apa hasilnya? Syukur KERAJAAN sekarang … BELANJAWAN memang MESRA RAKYAT punya…. kow ..kow…Kalaulah ya kalaulah KERAJAAN xbuat macam tu apa DIAORANG kata KERAJAAN xberkemampuan…P U L A K !!!!!. Buat tu salah buat ni salah , sampai bilaaaaaaa . Fikir-fikirkanlah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s