PM gembira Najib disokong

http://www.utusan.com.my/

KUALA LUMPUR 13 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melahirkan rasa gembira kerana Datuk Seri Najib Tun Razak muncul sebagai calon tunggal yang menerima pencalonan setakat ini bagi merebut jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac depan.

Perdana Menteri berkata, keputusan yang dibuat oleh kesemua 28 UMNO bahagian yang telah bersidang setakat ini untuk mencalonkan Najib sememangnya menepati hasrat beliau untuk melihat Timbalan Perdana Menteri itu menggantikannya.

“Sudah tentu saya begitu gembira kerana mereka menyokong beliau (Najib). Itu adalah baik. Saya nak Datuk Seri Najib menggantikan saya,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Serantau Amerika Syarikat – Dunia Islam di sini hari ini.

Selepas 28 daripada 191 UMNO bahagian selesai bersidang semalam, Najib muncul sebagai satu-satunya pemimpin yang menerima pencalonan untuk bertanding jawatan Presiden UMNO.

Sebelum ini Abdullah mengumumkan pelan peralihan kuasa antara beliau dan Najib yang akan dilakukan pada Mac depan. Ekoran itu, Perdana Menteri memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO.

Sementara itu, Perdana Menteri meminta ahli-ahli UMNO agar memberikan sokongan kepada Najib kerana Timbalan Perdana Menteri itu merupakan seorang pemimpin yang baik.

“Saya nak Datuk Seri Najib menggantikan saya, saya nak supaya anggota-anggota parti beri sokongan kepada beliau dan saya percaya beliau boleh jadi pemimpin yang baik,” jelasnya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai dakwaan sebuah portal berita bahawa Najib menyalahgunakan kuasa dengan campur tangan dalam siasatan pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, Abdullah berkata:

“Saya tidak percaya Datuk Seri Najib mahu menyalahgunakan kuasa. Jika beliau seorang yang cenderung untuk menyalahgunakan kuasa, kalau begitu, bagaimana beliau akan menjadi pengganti saya.

“Saya percaya dengan beliau, saya percaya beliau seorang yang baik dan akan menjadi Perdana Menteri yang baik dan mampu untuk memberikan kepimpinan yang baik, jadi saya tidak percaya beliau terlibat dalam salah guna kuasa.”

Antara lain, laporan oleh Malaysia Today yang pernah dikendalikan oleh Raja Petra Kamaruddin itu membuat dakwaan mengenai mesej komunikasi antara Najib dengan seorang peguam terkemuka yang mewakili Abdul Razak Baginda, salah seorang lelaki yang didakwa bersubahat dengan dua pegawai polis dalam pembunuhan Altantuya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s