Rafidah nafi sedia timbang semula pelan peralihan

 http://www.bharian.com.my/

Sepakat serah kuasa kepada Shahrizat seperti dipersetujui Exco 

KUALA LUMPUR: Ketua Wanita Umno, Tan Sri Rafidah Aziz menafikan laporan sebuah akhbar yang menyatakan beliau sedia menimbang semula pelan peralihan kuasa dengan Naib Ketua Wanita, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil. 

Rafidah berkata, beliau tidak pernah bercakap mengenai proses mempercepatkan pelan peralihan kuasa, sebaliknya beliau dan Shahrizat sepakat merealisasikan pelan peralihan jawatan Ketua Wanita Umno seperti dipersetujui Exco Wanita Umno. 

“Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya berita dalam sebuah akhbar harian hari ini (semalam) kononnya saya akan timbang semula pelan peralihan jawatan selepas semua pencalonan selesai. Saya tidak pernah bercakap mengenai itu,” katanya menerusi SMS kepada Bernama semalam.

Rafidah layak bertanding mempertahankan jawatannya selepas mendapat pencalonan 52 bahagian, manakala 13 bahagian lain mencalonkan Shahrizat.

 

 

One response to “Rafidah nafi sedia timbang semula pelan peralihan

  1. Kak Pidah jika berundur awal pun apa salahnya…. Masa dah cukup lama dan rakyat sudah tahu dan sedar besar sungguh jasa kak pidah.

    mungkin elok ditumpukan pula waktu senja untuk alam akhirat. Rumah kata pergi kubur kata mari.

    Nasihat ini pun untuk saya dan orang orang muda juga.. Biar kita jadi modal insan seperti Pak Lah harapkan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s