Tiga polis maut kereta dinaiki rempuh bas

http://www.bharian.com.my/


KEADAAN kereta yang remuk selepas terbabit dalam kemalangan Jalan Muar-Kesang, semalam.

MUAR: Tiga anggota polis maut selepas kereta Toyota Camry yang mereka naiki merempuh bas kilang yangmembuat pusingan U di Kilometer 8, Jalan Muar-Kesang, di sini, malam tadi. 

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam itu, dua daripada mereka yang bertugas di Balai Jasin, Melaka, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang lagi yang juga bertugas di balai sama, disahkan meninggal dunia ketika dirawat di Unit Kecemasan, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, kira-kira jam 10.30 malam. 

Mohd Shafiq Mohd Som, 21, berasal dari Bukit Kangkar, di sini dan Mohd Rukli Mohd Yusof, 21, dari Kulim, Kedah meninggal selepas tersepit di ruang tempat duduk pemandu dan penumpang hadapan, manakala Mohd Hazir Rashidi, 22, dari Manjung, Perak dikatakan duduk di belakang.

Kejadian berlaku ketika mangsa dikatakan dalam perjalanan ke rumah Mohd Shafiq untuk beraya. 

Difahamkan, kereta dinaiki mereka merempuh bas yang dalam kedudukan melintang kerana sedang membuat pusingan U, menyebabkan kenderaan terbabit remuk. 

Sebuah jentera bomba bersama anggota yang dikejarkan ke lokasi kejadian mengambil masa sejam untuk mengeluarkan semua mangsa.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Che Suza Che Hashim, berkata semua anggota polis itu baru selesai bertugas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s