DAP pertikai cerpen bunuh YB

                           http://www.malaysiakini.com/news/91289

 

Oct 15, 08 1:03pm
Cerpen karya bekas pengarang kanan Utusan Malaysia, yang menggambarkan seorang wakil rakyat wanita mati ditembak di atas pentas, kini bergelut dengan kontroversi selepas dikaitkan dengan Teresa Kok.

chamil wariyaCerpen ‘Politik baru YB J’ karangan Datuk Chamil Wariya yang terbit di Mingguan Malaysia baru-baru ini membayangkan wakil rakyat bernama Josephine itu seorang yang anti-Melayu dan anti-Islam oleh parti orang Melayu (POM). 

Tokoh utama DAP Lim Kit Siang semalam membidas pengarangnya dan akhbar berkenaan berhubung perkara itu dalam ucapannya di Dewan Rakyat semalam.

“Saya bertanya, apakah reaksi wakil-wakil rakyat Umno dan BN jika perdana menteri atau timbalannya menjadi sasaran seumpama Teresa dalam satu cerpen tidak bertanggungjawab seperti karya Chamil,” kata ahli parlimen Ipoh Timur di blognya.

teresa kokTeresa, ahli parlimen Seputeh dan anggota exco kanan kerajaan Selangor, dilaporkan enggan mengulas cerpen itu dengan alasan beliau dan Utusan Melayu Bhd kini saling saman-menyaman masing-masing berhubung berkaitan agama dan “makanan anjing”.

Cerpen ‘Politik baru YB J’ mengisahkan perjalanan ahli parlimen Alam Maya, Josephine menghadiri dialog dengan “generasi muda seketurunan dengannya yang yang pernah mempersendakan lagu Negaraku sewaktu menuntut di luar negara”.

Dalam perjalanan itu, beliau yang lebih dikenali sebagai YB J kelihatan “resah”, “gelisah” dan “seolah-olah tidak menentu” tidak seperti selalu.

Pada masa itu, Josephine dilihat pro-Cina dan tidak mewakili pelbagai kaum, terutamanya oleh POM, antaranya kerana mahu menghapuskan tulisan jawi dan menggantikannya dengan tulisan Cina. 

Bagaimanapun, menurut Josephine, beliau sekadar memperjuangkan kepentingannya, sama seperti pemimpin Melayu dalam POM dan pemimpin Parti Orang Islam (POI) berjuang untuk bangsa mereka.

Dalam pilihanraya lalu, ahli politik lantang yang mendukung Gagasan Baru Politik Baru turut mendapat sokongan Melayu di kawasannya.

Tiba di tempat yang dituju, ketika menuju ke rostrum, seorang daripada 500 hadirin menghala kepadanya. Tanpa berkata apa-apa, dia mengeluarkan sepucuk pistol dan menembak YB J.

Anak muda itu mati ditembak balas.

Sewaktu pemeriksaan mayat dibuat, terselit sehelai nota berbunyi: 

“YB Josephine adalah ancaman terhadap keharmonian. Lebih baik riwayatnya ditamatkan supaya masyarakat berbilang kaum boleh tinggal aman damai di negara bertuah ini. Saya berkorban untuk masa depan.”

5 responses to “DAP pertikai cerpen bunuh YB

  1. iraman Hj Karim

    Bungaraya Said,
    YB J sepatutnya Sdr Anwar Ibrahim. Dibandingkan dengan Teresa Kok, anwar lagilah
    merupakan perosak perjuangan melayu. Tindakannya lagi teruk dibandingkan dengan tindakan Teresa Kok. T.K jika mempertikaikan suara azan mungkin lojik kerana beliau buddha. Tapi jika Anwar menyokong T.K tidak boleh kerana beliau muslim. Oleh kerana itu yang ditembak haruslah anwar dalam drama tersebut.

  2. penulis_cyber

    Dalam cerpen macam macam watak boleh dihasilkan. Moralnya sesiapa mencetus sentimen perkauman perlu dihapuskan ( baca : dengan ditahan penjara ) atau disaman hingga menjadi muflis….

    Harap kehidupan kita tetap baik walau Najib sudah menjadi Perdana Menteri tidak lama lagi….beliau juga turut ditohmah dengan bermacam macam isu sekarang ini…

  3. penulis_cyber

    Dalam cerpen macam macam watak boleh dihasilkan. Moralnya sesiapa mencetus sentimen perkauman perlu dihapuskan ( baca : dengan ditahan penjara ) atau disaman hingga menjadi muflis – seperti PAP- negara jiran kita nama singapura ….

    Harap kehidupan kita tetap baik walau Najib sudah menjadi Perdana Menteri tidak lama lagi….

    beliau juga turut ditohmah dengan bermacam macam isu sekarang ini…walau tak jadi PM lagi.

    kesian.

  4. Nasib ditembak …. kalau DIBOMmmmm … hancur berkecai. Fikir-fikirkanlah.

  5. Dibom lebih sesuai. Kerana YB J membawa fahaman baru yang berasal dari luar negara manakala munasabahlah anak muda yang menembaknya juga mengambil fahaman dan gaya negara luar juga misalnya gaya pengebom berani mati. Negara kita ada cara sendiri dalam menangani segala isu dan tidak perlukan cara dan gaya asing. Kita bangsa bertamadun dan berperadaban tinggi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s