Gerakan sedia jalin semula hubungan

http://www.bharian.com.my/

 

Oleh Fazallah Pit
fazallah@bharian.com.my

Parti tetap syarat damai dengan Umno Pulau Pinang 

GEORGETOWN: Gerakan Pulau Pinang yang memutuskan hubungan dengan Umno negeri bulan lalu, sedia menjalinkan semula hubungan demi kebaikan rakyat, kata Pengerusi barunya, Datuk Dr Teng Hock Nan. 

Bagaimanapun, Dr Teng berkata persetujuan itu bergantung kepada corak kepemimpinan Umno negeri pada masa depan.

Katanya, Gerakan sedia bekerjasama dengan Umno negeri pada masa depan dan menganggap kepemimpinan dan pembawaan parti terbesar di Malaysia itu sebagai kunci kepada kerjasama. 

“Kita tidak menetapkan sebarang tarikh dan kita mahu lihat reaksi pemimpin Umno negeri sebelum menjalin semula hubungan. 

“Bagaimanapun, kita sedia bekerjasama dengan sesiapa juga jika membabitkan usaha yang membawa kebaikan kepada rakyat,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Pada 9 September lalu, Pengerusi Gerakan negeri ketika itu, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, mengumumkan parti berkenaan memutuskan hubungan dengan Umno Pulau Pinang. 

Tindakan itu diambil berikutan bantahan dan rasa tidak puas hati Gerakan negeri terhadap tindakan beberapa penyokong Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail, yang bertindak mengoyak gambar Koh. 

Ketika itu, hubungan Ahmad dengan Koh bergolak berikutan beberapa perkara termasuk dakwaan Ketua Umno Bukit Bendera mengeluarkan kenyataan berunsur perkauman. 

Ditanya bagaimana Gerakan akan berfungsi sebagai pembangkang yang berkesan berikutan tiada kerusi dalam Dewan Undangan Negeri (DUN), Dr Teng yakin ia boleh dilakukan.

“Tetapi saya akui ada kerusi dalam DUN memang menjadi kelebihan tetapi tidak bermakna kita tidak boleh berperanan sebagai pembangkang yang baik kerana tiada kerusi,” katanya. 

Pada sidang media itu, Dr Teng juga mengumumkan pelantikan bekas Setiausaha Agung Gerakan, Datuk Seri Chia Kwang Chye sebagai Naib Pengerusi Gerakan negeri dan Pegawai Perhubungan Pusat. 

Teng Chang Yeow dan Tan King Chee pula dilantik sebagai Naib Pengerusi Gerakan negeri. 

Jawatan Setiausaha pula dipegang Ong Thean Lye, Goh Thean Lye (Penolong Setiausaha), Ng Fook On (Bendahari) dan Teow Jit Meng (Penolong Bendahari).

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s