Mahkamah Khas arah Tuanku Ja’afar bayar Standard Chartered RM3.5 juta

http://www1.mstar.com.my

[DIKEMAS KINI] PUTRAJAYA: Mahkamah Khas hari ini mengeluarkan perintah terhadap bekas Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman supaya melunaskan bayaran kira-kira RM3.5 juta kepada Standard Chartered Bank Malaysia Berhad berhubung pengeluaran kredit berdokumen sembilan tahun lalu.

 

Mahkamah Khas yang ditubuhkan untuk mendengar kes membabitkan kerabat diraja hari ini mengarahkan Tuanku Ja’afar, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, membayar AS$1 juta kepada Standard Chartered selepas memutuskan baginda perlu mematuhi termaterma dalam surat kredit.

 

Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid Mohamad, yang bersidang bersama Hakim Besar Malaya Tan Sri Alaudin Mohd Sheriff, Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan dua hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Arifin Zakaria dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin sebulat suara membenarkan saman yang dikemukakan bank berkenaan terhadap Tuanku Ja’afar.

 

Mahkamah juga mengetepikan saman balas Tuanku Ja’afar terhadap bank berkenaan untuk mengisytiharkan bank itu tidak berhak mengikut undang-undang untuk melepaskan simpanan tetapnya bagi menyelesaikan bayaran AS$1 juta itu.

 

Saman itu dikemukakan selepas kerabat diraja itu telah, pada atau sekitar 12 Februari 1999, memperoleh menerusi Standard Chartered, surat kredit (SBLC) tunggu sedia bernilai AS$1 juta untuk Connecticut Bank of Commerce (CBC) di Amerika Syarikat bagi kemudahan kredit yang akan diberikan oleh CBC kepada sebuah syarikat AS yang dikenali sebagai Texas Encore LLC (TEC).

 

Menurut peguam bank itu, Robert Lazar, bank berkenaan berhak mengeluarkan jumlah terbabit daripada akaun simpanan tetap Tuanku Ja’afar.

 

Pada 21 Julai lalu, Mahkamah Khas yang mendengar isu raja-raja, buat kali pertama bersidang bagi mendengar tuntutan saman terhadap Tuanku Ja’afar oleh Standard Chartered Bank.

 

Baginda disaman oleh bank berkenaan kerana gagal mematuhi akujanji yang terkandung dalam terma-terma permohonan kredit tersebut.

 

Baginda merupakan Yang di-Pertuan Agong ke-10 ketika kejadian yang didakwa berlaku dalam tuntutan saman tersebut iaitu pada awal 1999.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s