Setuju cadangan PM

http://www.utusan.com.my/

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Kementerian Pelajaran bersetuju dengan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk mewajibkan mata pelajaran sejarah diajar di peringkat sekolah rendah.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, saranan Perdana Menteri itu sememangnya amat tepat dalam memastikan generasi muda mampu mengimbangi diri dengan perubahan dunia yang semakin pantas berlaku.

Katanya, sebab itu anak-anak muda perlu dari peringkat awal lagi memahami dengan mendalam tentang sejarah dan asal usul mereka sebagai rakyat negara ini bagi berhadapan situasi seumpama itu.

”Kita dalam proses ke arah itu tetapi yang penting adalah untuk membawa penekanan yang mampu membawa nilai menyeluruh kepada anak-anak muda kita tanpa mengira apa aliran yang mereka ikuti.

”Kita sedang merintis pemupukan nilai-nilai berkaitan negara bangsa dan perpaduan termasuk mendedahkan betapa susahnya pejuang terdahulu dalam mengisi kemerdekaan agar generasi muda faham bahawa kenikmatan yang diperoleh hari ini tidak datang menggolek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian ibu pejabat Persatuan Sejarah Malaysia (PSM) yang dikenali sebagai Wisma Sejarah di sini hari ini.

Majlis itu disempurnakan Perdana Menteri.

Abdullah dalam ucapan perasmiannya pada majlis tersebut menyarankan supaya sejarah dijadikan subjek wajib di peringkat sekolah rendah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s