Zulkifli nafi lompat parti sertai UMNO

http://www.utusan.com.my/ 

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menafikan khabar angin bahawa beliau akan melompat parti dan menyertai UMNO tidak lama lagi.

Bagaimanapun tegasnya, beliau akan bersama pihak yang menyediakannya platform untuk memperjuangkan Islam.

”Saya konsisten dengan pendirian berjuang memartabatkan Islam, jadi mana-mana platform yang menyediakan saya jentera untuk memperjuangkan Islam saya akan bersama mereka.

“Saya tidak maksudkan saya akan menyertai Pas. Saya kata mana-mana parti yang memperjuangkan Islam. Kalau DAP perjuangkan Islam pun saya akan masuk DAP,” katanya

Zulkifli berkata demikian ketika ditanya mengenai khabar angin bahawa beliau akan menyertai UMNO tidak lama lagi.

Jelasnya, beliau masih dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan masih berhubungan dengan Ketua Umum parti berkenaan.

Bagaimanapun katanya, cuma timbul sedikit isu mengenai perjuangan beliau berhubung dengan isu yang melibatkan Islam.

“Tidak timbul soal lompat parti. Setakat ini belum ada orang datang menemui saya untuk menyertai UMNO,” katanya.

Ditanya mengenai tindakan yang dikenakan ke atas beliau berhubung kehadirannya di Forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam Ogos lalu, Zulkifli menjelaskan beliau sudah menemui jawatankuasa disiplin PKR.

“Saya sudah terangkan kepada mereka mengenai pendirian saya memperjuangkan Islam. Setakat ini tidak ada tindakan dan saya tidak dihalang untuk memperjuangkan Islam khususnya isu berkaitan Majlis Peguam,” katanya.

Mengenai petisyen Barisan Nasional (BN) terhadapnya yang ditarik balik, beliau bersyukur kepada Allah atas penarikan balik petisyen pilihan raya berkenaan.

”Saya selalu yakin kebenaran akan pasti terserlah walaupun saya sudah bersedia untuk menghadapi perbicaraan dengan saksi dan keterangan,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s