Anggota Kabinet diselar mula jauhi Pak Lah

http://www1.mstar.com.my/

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Johari Baharom menyelar segelintir anggota Kabinet yang didakwa mula menjauhkan diri daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berikutan pengumuman tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno.

Johari berkata, beliau pernah melalui pengalaman yang sama ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersara pada Oktober 2003.

“Saya telah melalui semua ini ketika Dr Mahathir bersara dahulu.

“Saya adalah bekas setiausaha politik beliau dan saya lihat ini berlaku. Dan segala yang dilalui Dr Mahathir itu, Pak Lah akan lalui juga,” katanya pada penutup Program Semangat Kemerdekaan anjuran Biro Tata Negara di Akademi Kenegaraan di sini, hari ini.

Johari berkata, sepatutnya semua pihak, terutama ahli-ahli Kabinet wajar terus menghormati Abdullah walaupun beliau telah mengumumkan tempoh persaraannya kerana beliau tetap Perdana Menteri sehingga hari terakhir.

“Tetapi saya lihat kini ada pihak yang mula melarikan diri dari Pak Lah pada saat-saat akhir khidmat beliau,” tambahnya.

Mengimbau pengalamannya dengan Dr. Mahathir, Johari berkata, beliau masih ingat bagaimana pada hari terakhir bekas Perdana Menteri itu mempengerusikan mesyuarat pasca-Kabinet pada hari Rabu tiga hari sebelum bersara, beliau masih bersikap seperti seorang Perdana Menteri dan tidak seperti seorang yang akan bersara.

“Saya harap, Pak Lah juga akan bersikap begitu dan saya harap semua pihak juga akan terus menghormati Pak Lah sebagai seorang Perdana Menteri,” tambahnya.

Sementara itu, Abdullah ketika menutup program berkenaan berkata, beliau tidak akan berhenti berjuang untuk memertabatkan negara dan bangsa walaupun dalam kapasiti yang berbeza.

Katanya, beliau akan meneruskan perjuangan beliau itu selagi “nyawa di kandung badan”.

One response to “Anggota Kabinet diselar mula jauhi Pak Lah

  1. KACANG LUPAKAN KULIT…….. TALAM DUA MUKA ….. Fikir-fikirkanlah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s