Penduduk terkejut MBI naikkan cukai pintu 500%

http://www.utusan.com.my/

Shahruzzaman Abdul Halim menunjukkan bil cukai pintu Majlis Bandaraya Ipoh yang naik sebanyak hampir enam kali ganda semasa berkunjung ke pejabat Utusan Malaysia di Ipoh semalam. – Gambar HANAFI KHAMIS


IPOH 15 Okt. – Penduduk di Bandar Baru Sri Klebang, Chemor di sini terkejut apabila menerima notis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang bercadang menaikkan cukai pintu hartanah di kawasan itu 500 peratus bermula November ini.

Sambil melahirkan rasa marah dan kesal, mereka memberitahu, cadangan kenaikan cukai taksiran MBI itu tidak munasabah dan tidak masuk akal.

Seorang penduduk, Shahruzzaman Abd. Halim, berkata, beliau yang baru dua tahun mendiami rumah banglo yang dibelinya di Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang selama ini hanya dikenakan cukai pintu sebanyak RM108.80 setahun semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) berkuasa di Perak.

Menurut beliau, kadar cukai tersebut naik mendadak pada tahun ini selepas MBI mengeluarkan notis mencadangkannya membayar cukai taksiran sebanyak RM691.20 setahun.

“Pada 15 September lalu, MBI telah menghantar notis kepada saya memaklumkan bahawa mereka akan meminda nilai tahunan harta atau cukai pintu ke atas rumah saya yang beralamat di Lot PT 186990, 13 Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang, 31200 Chemor.

Advertisements

3 responses to “Penduduk terkejut MBI naikkan cukai pintu 500%

  1. Inilah kerja PR rupa rupanya…..hancur lah negara kalu macam ni

  2. iraman Hj Karim

    Bungaraya Said,
    Hai orang Perak…sudah-sudahlah tu.
    hentikan sokongan kepada PR kerana kita tak biasa dan tak rela hak kita secara nyata
    diperkosa begitu saje. Kamu tahu tak, orang Selangor sekarang ni menyesal kerana mengundi PAR.
    Pemimpin UMNO/BN diPerak tu janganlah gelojoh. Jadilah pemimpin yang disenangi rakyat jelata. Akibat kegelojohan andalah rakyat Perak tidak menyokong semasa PRU 13 dulu. Dan akibat itu anda kalah dan tidak lagi memerintah negeri. Ikhlaslah semasa mem[perjuangkan bangsa anda. Kan sekarang jadi susah. Siapa yang nak disalahkan.
    JIKA Malaysia/Perak menjadi hak orang lain, anda juga patut disalahkan.

  3. Usia belum setahun jagung. Belum tumbuh gigi sudah pandai nak MENGIGIT. Kerajaan JENIS apa ni ? Jgn main-main cuba PEMBAHARUAN….dah terkena siapa yag menanggung akibatnya. DIAORANG cakap saja lebih…ABUK mun TARAK……
    Sesal dulu ……. SESAL KEMUDIAN xda gunanya Beb.
    Bayarlah … Bayarlah… Bayarlah. Kerajaan Baru Kononnnnnnn. Fikir-fikirkanlah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s