Gerakan Anggap Tidak Wajar Haramkan Hindraf

17 Oktober, 2008 16:11 PM

http://www.bernama.com.my/

IPOH, 17 Okt (Bernama) — Gerakan menyifatkan keputusan kerajaan mengharamkan pertubuhan Hindu Rights Action Force (Hindraf) sebagai tidak wajar kerana langkah itu akan menutup sepenuhnya isu-isu yang diutarakan kumpulan berkenaan selain menimbulkan masalah lain.

Timbalan Presidennya Datuk Chang Ko Youn berkata walaupun banyak tindakan yang dibuat oleh Hindraf sebelum ini amat tidak sesuai tetapi kerajaan mesti mencari jalan bagi memberi laluan kepada mereka untuk bersuara.

Kebanyakan isu yang dibangkitkan oleh pertubuhan itu adalah berhubung keadaan ekonomi, tahanan ISA, hak asasi kemanusiaan dan kawasan tapak ibadat yang merupakan perkara asas tuntutan badan bukan kerajaan yang lain, katanya pada sidang akhbar di ibu pejabat Gerakan Perak di sini hari ini.

Chan berkata berkata dengan pengharaman itu, kumpulan ini akan mencari saluran lain untuk bersuara dan berkemungkinan menubuhkan satu pertubuhan baru bagi menyampaikan niat yang sama.

“Untuk itu, kerajaan harus mengambil langkah proaktif bagi mengelak mereka berkompromi dengan parti pembangkang dalam mencari jalan untuk mencapai hasrat dan cita-cita mereka…sepatutnya diadakan satu dialog…supaya semua masalah yang dihadapi mereka dapat diselesaikan,” katanya.

Beliau mencadangkan kerajaan memberi laluan kepada badan itu didaftarkan.

Menteri Dalam negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar semalam berkata kerajaan mewartakan Hindraf sebagai pertubuhan haram kerana kegiatannya bertentangan dengan Seksyen 5 (1) Akta Pertubuhan 1996 dan ia boleh memudaratkan keselamatan awam, keamanan, ketertiban dan nilai-nilai moral negara ini.

Dalam perkembangan lain, Gerakan meminta kerajaan negeri Perak supaya tidak menjadikan sambutan Deepavali yang menjelang tiba sebagai “pentas” politik.

Chang yang juga Pengerusi Gerakan Perak berkata tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat memasukkan logo parti pada kain-kain pemidang di sekitar bandar raya ini sempena meraikan Deepavali adalah tidak wajar.

“Dulu mereka pernah meminta agar kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempolitikkan agama tetapi mereka kini melakukannya secara terang-terangan,” kata Chang, juga bekas anggota Exco kerajaan negeri Perak.

— BERNAMA

Advertisements

One response to “Gerakan Anggap Tidak Wajar Haramkan Hindraf

  1. Not sure if this ban make sense as HINDRAF is not a legal organisation in the first place.

    As a moderate Indian Malaysian, I don’t agree or support HINDRAF (maybe one of the few Indian who do not support HINDRAF in Malaysia).

    No, I’m not a BN Supporter. How many have actually read their memorandum, speeches or attended their gatherings?

    The approach, writing and rhetorics incites hatred towards others. They are another organisation hiding behind race, religion, temples and schools. Most of their arguements are flimsy and does not make much sense.

    For alternative views on HINDRAF, from a Indian Malaysian point of view, , please visit (AUg/Sept/Oct Archive)

    http://balankumarpremakumaran.blogspot.com/

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s