Habuan seks “sedekah” di Perak, ahli perniagaan hadapi tuduhan

http://www1.mstar.com.my/

GAMBAR fail, Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit, Usaili Alias (kanan) menyatakan sesuatu kepada pemberita di Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh pada 23 September lalu selepas membuat aduan mengenai habuan seks. Turut hadir ketika itu ialah (bekas) Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan; juruteknik Perbadanan Pembangunan Perak, Roslan Sahat dan ahli perniagaan Fairul Azrim Ismail. Usaili, Zul dan Roslan telah dikenakan tuduhan di Mahkamah Sesyen pada 25 Ogos lalu.

[DIKEMAS KINI] IPOH: Isu seks “sedekah” timbul semula hari ini dengan seorang ahli perniagaan, yang pernah mengaku kepada Jabatan Agam Islam Perak bahawa dia mengadakan hubungan seks dengan wanita China sebagai habuan, pagi ini menafikan tuduhan melakukan kesalahan tersebut.

Fairul Azrim Ismail, 30, yang dihadapkan di Mahkamah Sesyen di sini mengaku tidak bersalah apabila tuduhan dibacakan ke atasnya.

Fairul dituduh menerima habuan rasuah seks daripada Mohamad Imran Abdullah di bilik 401, Tingkat Empat, Sri Sayang Apartment, Jalan Batu Feringghi, Pulau Pinang pada 14 Ogos lalu, kira-kira pukul 8.10 malam.

Habuan itu didakwa diberikan untuk membantu Mohamad Imran memperoleh projek pembangunan bersama di Bandar Baru Seri Iskandar melibatkan Majlis Daerah Perak Tengah.

Tuduhan dikenakan di bawah Seksyen 10(a)(aa) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan jika sabit kesalahan Fairul boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai habuan ataupun RM10,000 atau kadar mana yang paling tinggi.

Fairul, dari Bota, merupakan individu keenam dikenakan tuduhan berhubung projek tersebut yang bernilai RM180 juta.

Kira-kira sebulan selepas lima orang dihadapkan di Mahkamah Sesyen Ipoh, Fairul yang juga ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang pernah ditahan Badan Pencegah Rasuah (BPR) bersama Exco Kerajaan Negeri Perak berhubung satu kes rasuah, mengaku membuat hubungan seks dengan seorang wanita China.

Pengakuan itu dibuat di Jabatan Agama Islam Perak pada 23 September lalu.

Fairul bagaimanapun mendakwa dia telah diperangkap oleh BPR dan Mohamad Imran.

Dia mengaku melakukan seks dengan wanita itu tetapi mendakwa dia tidak pernah meminta rasuah atau habuan seks.

Dia membuat pengakuan tersebut dalam surat aduannya yang diserahkan kepada jabatan itu.

Dalam surat aduannya, Fairul mendakwa, pada 14 Ogos lalu, semasa dalam perjalanan ke Permatang Pauh, Pulau Pinang, dia bersama rakannya Zul Hassan dan Ruslan Sahat telah singgah di Hentian Rehat dan Rawat Kuala Kangsar untuk bertemu dengan Mohamad Imran yang membawa bersama tiga wanita yang dikatakan berasal dari China.

Katanya, Mohamad Imran kemudian membawa mereka pergi ke Batu Feringghi, Pulau Pinang dan menginap di Tingkat 4, Sri Sayang Apartment.

“Saya telah diberikan seorang wanita China oleh Mohammad Imran dan pada malam tersebut saya telah melakukan hubungan seks dengan wanita itu di dalam sebuah bilik di Sri Sayang Apartment.

“Semasa dalam soal siasat saya telah diberitahu oleh pegawai BPR, perlakuan seks kami bertiga telah dirakam oleh BPR,” katanya dalam surat aduan itu.

Rakannya, Zul yang ketika itu merupakan Ahli Majlis Daerah Perak Tengah turut membuat laporan kepada Jabatan Agama Islam Perak tetapi tidak mengedarkan salinan surat aduannya kepada wartawan.

Penghujung bulan lalu kerajaan negeri telah meminta Zul melepaskan kedudukannya sebagai Ahli Majlis Daerah Perak Tengah.

Dalam surat aduan itu juga, Fairul yang dilepaskan oleh BPR dengan ikat jamin pada 21 Ogos lalu, turut meminta Jabatan Agama Islam Perak supaya menyiasat dan mengambil tindakan ke atas orang tertentu yang telah memfitnah, menghina dan menganiayanya.

“Saya membuat laporan ini kerana telah difitnah oleh Pengarah BPR Perak, Samsiah Abu Bakar dan pegawai-pegawai agensi itu yang mengatakan saya meminta rasuah wang dan seks.

“Mohamad Imran telah menganjur dan menggalakkan saya berbuat maksiat dengan membekalkan seorang wanita China,” ujarnya.

Zul pula berkata, dakwaan BPR bahawa dia dan dua rakannya meminta perempuan China daripada Mohamad Imran adalah tidak benar.

“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?” ujarnya.

One response to “Habuan seks “sedekah” di Perak, ahli perniagaan hadapi tuduhan

  1. penulis_cyber

    Berbelit lah mata den nak baca komen engko ni haa….tak paham la. Kalu tak nak cakap tak nak. tapi buek apo dok terima kalu tak nak….

    engko malu nak ngaku jang ? isk isk…malu ko boss engko laa. Dia pun tak lepas juga kes liwat yang dikata konspirasi kerajaan.

    Tapi mengaku pulak pergi ke tempat saiful..

    Jenis cakap belit2 mungkin ajaran pakatan rakyat barangkali.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s