Khairy di’boo’, kubu kuat Khir Toyo ‘robek’

http://www.harakahdaily.net/

Wan Nordin Wan Yaacob
Fri | Oct 17, 08 | 11:22:55 am MYT
KUALA LUMPUR, 17 Okt (Hrkh) – Harapan bekas Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Dr Mohd Khir Toyo yang menggunakan sentimen ‘kempen untuk anak tempatan’ mungkin tidak kesampaian berikutan beberapa bahagian yang menjadi ‘kubu’ kuat beliau menyokong calon lain bagi jawatan Ketua Pemuda Umno.

Iklan

Antara kubu kuat Khir ialah Pemuda Umno Bahagian Kuala Selangor yang mencalonkan anak bekas Presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad, Dato’ Mukhriz Mahathir dalam satu pemilihan sengit pemuda bahagian tersebut baru-baru ini.

Sementara calon Ketua Pemuda Umno Pusat, Khairy Jamaluddin dikatakan menghadapi tekanan kerana belum melepasi kuota pencalonan untuk membenarkan dirinya bertanding walaupun setelah 72 bahagian Pemuda Umno seluruh negara selesai mesyuarat.

Tekanan semakin bertambah terhadap dirinya apabila nama beliau di’boo’ beberapa kali dalam satu mesyuarat pemilihan pergerakan Pemuda Umno Bahagian Setiawangsa yang diadakan di PWTC baru-baru ini.

Insiden ini berlaku apabila salah seorang perwakilan yang juga seorang wartawan, Dahalan Makmur cuba mencalonkan nama Ahli Parlimen Rembau ini sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat dari bahagian terbabit. – mks._

5 responses to “Khairy di’boo’, kubu kuat Khir Toyo ‘robek’

  1. penulis_cyber

    Sepatutnya perwakilan tidak menjadikan emosi mengatasi kematangan berpolitik. Membuat tindakan ‘keanak anakan’ dengan memboo sebaik sahaja mendengar nama calon Khairy adalah lambang keterlaluan di dalam berpolitik.

    Sepatutnya kita kena lebih menilai secara adil antara faktor yang perwakilan perlukan dari semua calon yang menawarkan diri untuk bertanding.

    Kehangatan pemilihan ini turut diikuti suara rasmi PAS dan ia tidak lebih dari mencari berita seumpama di atas untuk menaikkan kebencian rakyat terhadap Pak Lah dengan menghentam Khairy sedahsyat yang mungkin.

    jatuh Pak Lah hanya apabila Khairy berjaya dijatuhkan….kerana Pak Lah tidak ada isu untuk digunakan sebagai peluru oleh puak pembangkang…

  2. SETIA BERSAMAMU

    SEMUA CALON KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA ADALAH SAMA MORAL AKHLAKNYA…YANG KITA TAHU SIFAT DAN CIRI NYA CUMA PANDAI DAN SUKA MEMFITNAH SESAMA UMAT…UMNO HANYA TUNGGU KARAM DILAUTAN…

  3. mohammad aqil

    memang patut kene boo barua Khairy tu. Khir Toyo tu sapa yang nak sokong dia. Baik dia jaga klinik dia kat kajang tu lagi bagus atau edarkan penyapu free kepada sekolah yang memerlukan daripada duk sibuk nak bertanding.

  4. setuju ! ! ! jika tidak kerna komen pedas mahathir tentu anwar dan group tidak dapat ‘tembak’ BN / UMNO.

    Namun hakikatnya mahathir takut ‘dosa silam’ terhadap Anwar hingga sanggup membuli pm pak lah agar jatuh segera demi menaikkan orang yang dapat ‘mengikut arahannya’

    kesian tetapi orang seperti pak lah memang dicipta Allah utk kebaikan kita tetapi tdk akan disenangi orang yg gagal sepertinya.

    patutlah mahathir tuduh pak lah telah memusnahkan segala perancangannya…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s