Pena: Cerpen, puisi hak kreatif penulis

MALAYSIAKINI

Jimadie Shah Othman | Oct 17, 08 2:48pm
Persatuan Penulis Nasional (Pena) mempertahankan dua penulis kontroversi yang dikritik oleh DAP – Datuk Chamil Wariya dan Dr Ibrahim Ghafar atas alasan “hak penulis untuk berkreatif”.

“Pena mempertahankan Dr Ibrahim dan Datuk Chamil atas dasar karya kreatif yang tidak menyatakan secara spesifik kepada apa dan siapa.

“Itu merupakan hak penulis untuk berkreatif,” kata setiausahanya  Syed Mohd Zakir Syed Othman.

utusan malaysia teresa kok puisi insult ratu anjing dr ibrahim ghaffarBeliau diminta mengulas cerpen Chamil ‘Politik Baru YB J’ dan puisi Dr Ibrahim, yang juga ahli jawatankuasa persatuan itu, ‘Ratu Anjing; Yang Melengking Itu’ yang dipertikaikan oleh DAP di Dewan Rakyat.

Semalam DAP juga membuat aduan polis terhadap penulis cerpen tersebut (foto, kanan), yang mengisahkan seorang wakil rakyat wanita Cina mati ditembak akibat usahanya memperkenalkan pembaharuan politik, dan penerbitnya Utusan Melayu Bhd.

cerpen bunuh politik baru yb j  chamil wariya 151008Persatuan itu bagaimapun belum memutuskan sama ada akan memberikan bantuan guaman untuk tujuan itu, jika wujud tindakan perundangan, kerana belum diputuskan dalam mesyuarat persatuan itu.

“Bantuan guaman kena dapat keputusan mesyuarat, (kerana) melibatkan duit dan komitmen,” katanya.

Mohd Zakir, atau nama penanya SM Zakir berkata, jika perkara itu diusulkan dalam mesyuarat agung pertubuhan itu yang dijangka diadakan bulan depan, ia akan dibincangkan.

Bagaimanapun, tambahnya, Pena tegas dengan pendiriannya selama ini yang tidak memihak atau bergerak atas landasan politik sebaliknya mengambil sikap “berdiam” berhubung kontroversi karya sastera dengan ahli politik.

“Sepuluh tahun lalu pun, Pena tidak membuat pendirian terhadap karya kontroversi Shahnon Ahmad, Shit,” katanya.

“Politik tidak konsisten. Ada turun-naiknya. Tetapi budaya terus konsisten.

“Kita terus dengan agenda kebudayaan dan memperjuangkan isu-isu bahasa berteraskan Dasar Kebudayaan Kebangsaan.”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s