Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Tegur Kesilapan

17 Oktober, 2008 16:31PM

http://www.bernama.com.my

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) — Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah hari ini dukacita kerana telah berlaku satu kesilapan kecil dalam penyiaran berita/percetakan artikel yang menyentuh kenyataan akhbar khas Raja-Raja Melayu semalam.

Menurut beliau, ada pihak yang melaporkan bahawa kenyataan akhbar khas itu adalah hasil daripada perbincangan dan keputusan yang diperbuat dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja.

“Apa yang sebenarnya ialah bahawa kenyataan akhbar khas itu adalah hasil daripada perbincangan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu yang diperbuat dan diputuskan sebelum baginda berangkat menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja pada 16 Okt 2008,” jelasnya.

Kenyataan Akhbar Khas Raja-Raja Melayu itu adalah berhubung hak-hak keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja Melayu, Agama Islam, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Kepentingan Sah Kaum-Kaum Lain mengikut Perlembagaan Persekutuan.

— BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s