Najib belum selamat,Abdullah sedang susun strategi

Ahad 19 Oktober 2008 | 18 Shawwal 1429 Hijrah

http://www.harakahdaily.net/
Irwan Muhammad Zain
Sun | Oct 19, 08 | 7:02:33 am MYT
KUALA LUMPUR, 19 Okt (Hrkh) – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berkemungkinan tidak berpeluang untuk mengambil alih jawatan Perdana Menteri ekoran beberapa isu terkini yang dikaitkan dengan beliau.

Iklan

Beberapa penganalisa politik berkata, Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi biarpun ditekan hebat oleh pemimpin Umno agar berundur diri tidak akan melepaskan jawatan tersebut dengan mudah.

Sebaliknya, Abdullah kini sedang menyusun strategi untuk memerangkap Najib dengan pelbagai isu yang boleh memusnahkan impian anak bekas Perdana Menteri kedua itu untuk menerajui kerajaan.

Abdullah yang dibantu oleh menantu beliau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar bersama geng tingkat empatnya sedang mengumpul sebanyak mungkin bukti penyalahgunaan kuasa yang dilakukan oleh Najib sepanjang memegang jawatan Menteri Pertahanan.

Pendedahan kelulusan pembelian helikopter Cougar EC 725 kepada syarikat Eurocopter dalam “keadaan meragukan” serta dakwaan salah guna kuasa dalam kes Altantuya dikatakan dirancang oleh Khairy dan ‘budak tingkat empat’.

Abdullah dilaporkan telah memanggil Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan baru-baru ini untuk meneliti hal ehwal tender pembelian helikopter tersebut.

“Keputusan Abdullah bertukar dari kementerian kewangan ke kementerian pertahanan kerana beliau mahu mendapatkan bukti untuk menjatuhkan Najib,” kata penganalisa politik yang enggan identitinya dikenali.

Kata penganalisa politik itu lagi, Najib sepanjang memegang jawatan Menteri Pertahanan telah membiarkan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor berkuasa hingga dikatakan memiliki pejabat sendiri di kementerian tersebut.

“Ada yang mengatakan kalau mahu dapat kontrak dengan kementerian pertahanan perlu jumpa Rosmah bukan Najib,” kata penganalisa politik itu lagi.

Abdullah juga dikatakan sengaja mengarahkan agar pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin ditahan dibawah ISA kerana bimbangkan keselamatan penulis kontroversi itu.

Tindakan menahan Raja Petra dilakukan semata-mata kerana tidak mahu Najib mengupah sesiapa sahaja mencederakan atau membunuh penulis tersebut.

Raja Petra yang banyak mendedahkan salah laku Najib dikatakan memperolehi maklumat dari orang Abdullah.

Kandungan SMS antara Najib dan peguam kanan Dato’ Muhammad Shafee Abdullah, dipercayai telah diberikan kepada pengedali Malaysia-Today oleh ‘orang’ Khairy kerana mahu memastikan imej Najib terus tercalar dan akan disiasat serta didakwa atas dakwaan salah guna kuasa.

Jika Najib didakwa, Abdullah akan mengumumkan pelan peralihan kuasa dibatalkan dan terus kekal sebagai Perdana Menteri serta akan melantik Timbalan Perdana Menteri baru.

Manakala seorang lagi penganalisa politik pula berkata tindakan Abdullah menyerahkan jawatan Menteri Kewangan kepada Najib merupakan isyarat tersembunyi untuk menjatuhkan Timbalan Perdana Menteri itu.

Kata penganalisa politik itu, tidak pernah berlaku dalam sejarah politik tanahair seorang menteri kewangan akan dilantik menjadi Perdana Menteri sebaliknya kebanyakan mereka akan disingkirkan.

Dengan mengambil contoh penyingkiran yang dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap Dato’ Seri Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Abdullah akan menggunakan cara yang sama untuk menyingkirkan Najib. – mks. _

One response to “Najib belum selamat,Abdullah sedang susun strategi

  1. penulis_cyber

    1. Komen tidak berasas dan berdasarkan nama penganalisis yang dirahsiakan serta menggunakan frasa ‘dikatakan’ bagi menimbulkan ketidakpastian adalah teknik membangkitkan keraguan rakyat terhadapa bakal pengganti Pak Lah.

    2. Analisa @ gosip liar tidak lain bagi menjadikan negara akan berterusan di dalam konflik antara kerajaan dan pembangkang. Seolah olah krisis dunia yang melandan Amerika tidak penting untuk difokuskan di dalam tindakan seharian pembangkang sebagai ‘kerajaan bayangan’ …

    3. Jika benar analisa di atas tentunya Anwar orang pertama akan gembira kerana ada orang sedang berada di tangga kedua sepertinya dahulu, akan jatuh menerusi serangan hebatnya di media massa dan media alternatif seperti blog blog di internet…

    4.Dijangka paksi ekonomi akan beralih dari barat ke timur selepas kejatuhan teruk Amerika dan kita tidak pasti serangan bertalu talu ke atas negara Malaysia adalah satu strategi menyekat kebangkitan kita sebagai kuasa baru dunia tidak lama lagi…

    5. Petronas, Telekom, TNB, MAS adalah contoh GLC yang membawa ‘kuasa’ kita menakluki ‘hati hati’ negara yang mereka terokai melalui misi perdagangan dan perindustrian tanpa kita sedar tugas mereka sekian lama…

    Hingga 3/4 bahagian dunia sudah ada nama kita dan dialu alukan di sana…..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s