Perwakilan MCA beri penghormatan tinggi kepada PM

http://www.utusan.com.my/

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Para perwakilan yang menghadiri Perhimpunan Agung Tahunan MCA ke-55 di Wisma MCA di sini hari ini memberi penghormatan tertinggi kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atas bantuan dan sokongan yang beliau berikan terhadap parti tu selama ini.

Sambil berdiri dan bertepuk tangan, Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata, ahli parti itu menyokong dan menyukai Perdana Menteri dan ia sukar dilahirkan dengan kata-kata.

Menurutnya, Perdana Menteri telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menangani pelbagai cabaran yang dihadapi oleh masyarakat Cina masa kini.

”Sebagai contoh, beliau telah memberi perhatian terhadap isu yang dibangkitkan oleh peniaga, pengusaha, pemaju atau pelabur bukan bumiputera yang tidak mendapat layanan sewajarnya,” kata beliau ketika berucap pada perhimpunan itu hari ini.

Beliau berkata, banyak perkara telah dibawa kepada Perdana Menteri dan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan kedua-dua pemimpin negara itu telah mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah tersebut termasuk membetulkan dasar-dasar berkaitan ekonomi.

Sebanyak 2,378 perwakilan menghadiri perhimpunan itu yang merupakan kali terakhir bagi Abdullah selaku Pengerusi BN dan juga Ka Ting selaku Presiden MCA.

Abdullah tidak akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan Mac tahun depan manakala Ka Ting juga mengambil langkah sama pada pemilihan parti itu hari ini.

One response to “Perwakilan MCA beri penghormatan tinggi kepada PM

  1. Semoga keputusan yg dibuat ini membawa kebaikan kpd negara kita.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s