Sikap tamak punca krisis kewangan dunia – Dr. M

http://www.utusan.com.my/

PUTRAJAYA 18 Okt. – Krisis kewangan dunia hari ini berlaku disebabkan oleh sikap tamak segelintir individu yang bertindak menyalahgunakan sistem kewangan antarabangsa untuk kepentingan diri sendiri.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, individu terbabit mengambil kesempatan tersebut melalui perdagangan mata wang.

”Mereka ini melihat peluang untuk menyalahgunakan sistem kewangan yang ada dengan memperdagangkan mata wang dan bila keadaan itu berlaku, mereka telah memusnahkan ekonomi banyak negara.

”Sepuluh tahun lalu, kita menderita dengan teruk kerana perkara ini dan banyak negara lain turut menderita kerana sikap tamak beberapa individu yang ingin mengaut keuntungan atas kemiskinan masyarakat lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ceramahnya di Persidangan Kepimpinan Antarabangsa anjuran Global Peace Festival di sini hari ini.

Persidangan selama tiga hari yang bermula semalam itu disertai pemimpin negara, korporat, pelajar, akademik dan badan bukan kerajaan daripada 12 negara.

Sehubungan itu, Dr. Mahathir memberitahu, bagi menangani krisis itu, pihak terbabit perlu mendalami masalah tersebut untuk memahami punca sekali gus mengemukakan jalan penyelesaiannya.

”Saya tidak mahu bagi apa-apa cadangan kerana ia bukan sesuatu yang mudah kerana sewaktu kita berdepan dengan krisis kewangan dulu, kita mengambil masa hampir setahun untuk menyelesaikannya,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kepercayaan kepada agama harus diamalkan dengan bijak kerana salah faham dan perbezaan pendapat berhubung isu tersebut boleh mengundang pelbagai konflik.

”Kita telah melihat di banyak negara, perbezaan fahaman seringkali membawa perbalahan dan mereka saling berbunuhan hanya kerana ideologi yang berbeza,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s