Dr. M jangan campur tangan

http://www.utusan.com.my/

JOHOR BAHRU 19 Okt. – Beberapa pemimpin UMNO Johor meminta bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak campur tangan dalam urusan pemilihan parti Mac depan.

Sambil menyokong tindakan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi membidas Dr. Mahathir, mereka berpendapat bekas Presiden UMNO itu tidak lagi layak untuk campur tangan kerana beliau bukan lagi ahli parti.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, tindakan sesetengah pihak mengatur pemilihan parti adalah sesuatu yang tidak pernah dan tidak wajar berlaku dalam UMNO.

Beliau berkata, soal pemilihan pemimpin parti perlu ditentukan oleh kebijaksanaan perwakilan di setiap bahagian UMNO dan bukan orang luar.

“Tak pernah berlaku orang luar mengatur pemilihan parti. Kalau berlaku pun tak patut benda itu berlaku.

“Sebab Dr. Mahathir tidak lagi menjadi ahli UMNO dan UMNO amalkan demokrasi. Biarlah perwakilan dan UMNO bahagian tentukan mana pemimpin yang hendak dipilih,” katanya

Beliau diminta mengulas kenyataan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang berlagak seolah-olah seperti pengarah pemilihan parti yang menentukan “siapa yang perlu berada dalam UMNO dan siapa yang perlu dikeluarkan.”

Perdana Menteri berkata, UMNO tidak memerlukan arahan pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.

Ketua UMNO Bahagian Sri Gading, Mohamed Aziz berkata, campur tangan luar tidak diperlukan kerana UMNO sentiasa mempunyai pemimpin matang dan bijak membuat keputusan serta penilaian.

“Orang luar jangan campur urusan dalaman UMNO dan biarkan orang UMNO sendiri buat penilaian.

“Pak Lah masih lagi Presiden UMNO. Maka dia bertanggungjawab memastikan kesempurnaan parti ini. Biar beliau buat keputusan. Orang lain jangan kacau,” katanya di sini hari ini.

Timbalan Ketua Bahagian Sri Gading, Datuk Abdul Halim Suleiman pula berkata, Dr. Mahathir bukan sahaja tidak sepatutnya masuk campur urusan UMNO, malah, perlu elakkan diri daripada memberi pandangan menjatuhkan parti sehingga ahli berpecah-belah.

Katanya, akan timbul kumpulan yang menyokong Abdullah dan kumpulan yang menyokong Dr. Mahathir.

“Tiada istilah ‘orang Pak Lah’ atau ‘orang Mahathir’ dalam UMNO kerana siapa sahaja yang dilantik jadi pemimpin maka semua orang UMNO akan sokong.

“Jadi Dr. Mahathir tidak perlu atur orang dan tentukan siapa yang layak memimpin,” katanya.

Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam, Datuk Samsol Bari Jamali berkata, ahli UMNO tidak terpengaruh dengan percubaan mana-mana pihak untuk menjadi pengarah yang mengatur pemilihan.

“Kita perlu terima hakikat bahawa Pak Lah tetap Presiden UMNO sekarang maka beliau masih bertanggungjawab untuk memperkuatkan UMNO,” katanya.

One response to “Dr. M jangan campur tangan

  1. penulis_cyber

    Pelik orang masih sokong bukan ahli Umno yang keluar arahan macam macam ! dan meminta restu beliau seperti pujukan Muhyidin agar kembali kepada Umno..

    Umno tidak perlu lagi pemimpin mcm Dr M yang lebihkan emosi hingga sanggup lakukan apa sahaja termasuk keluar parti.

    ini balasan barangkali di hujung usia di mana ramai telah ‘dijatuhkan’ dan dosa itu akan menjatuhkan beliau hingga menjadi cemuhan ramai orang.

    Berdiam diri tentu lebih baik….seperti kata Pak Lah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s