Ketua Wanita: Pencalonan Shahrizat melonjak

http://www.utusan.com.my/

KUALA LUMPUR 18 Okt. – Walaupun peralihan kuasa kepimpinan Wanita UMNO sudah ditetapkan pada Jun depan namun pencalonan terus melonjak untuk Naib Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil bertanding jawatan ketua pergerakan itu.

Hari ini, sebanyak 16 lagi bahagian mencalonkan beliau menjadikan jumlah keseluruhan pencalonan yang diterimanya meningkat kepada 32 pencalonan. Ia bermakna Shahrizat hanya memerlukan enam pencalonan lagi bagi melayakkan beliau bertanding jawatan ketua wanita UMNO yang kini disandang oleh Tan Sri Rafidah Aziz.

Mengulas perkembangan terbaru ini, penganalisis politik, Prof.Dr.Mohamed Mustafa Ishak menyifatkan pencalonan yang diterima oleh Shahrizat membuktikan peringkat akar umbi Wanita UMNO tidak begitu selesa dengan peralihan kuasa yang diputuskan.

Katanya, peralihan kuasa di peringkat Presiden parti yang bakal dilakukan pada Mac ini turut menimbulkan persoalan kenapa peralihan kuasa di peringkat Wanita hanya dilakukan pada Jun.

”Selain itu mereka melihat adalah tidak adil bagi Shahrizat disuruh memangku jawatan ketua wanita sedangkan semua sayap lain termasuk kepimpinan induk parti mendapat ketua baru ‘yang sebenarnya’ dengan mandat daripada perwakilan dalam perhimpunan agung parti Mac nanti.

”Justeru ahli-ahli akar umbi yang terus mencalonkan Shahrizat ingin memberi isyarat bahawa beliau tidak akan menjadi ketua wanita yang berkesan untuk membantu memulihkan parti kalau hanya memangku jawatan bagi tempoh tiga tahun akan datang,” katanya ketika dihubungi.

Oleh itu Dr. Mohamed Mustafa yakin bahagian-bahagian akan terus memberikan pencalonan kepada Shahrizat untuk bertanding ketua wanita sebagai isyarat bahawa mereka mahukan perubahan kepimpinan dilakukan secepat mungkin.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s