Muhd Taib selar tindakan pemimpin wujudkan suasana tidak sihat

http://www1.mstar.com.my/

KOTA BHARU: Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyelar tindakan sesetengah pemimpin parti yang mewujudkan suasana tidak sihat menjelang pemilihan parti Mac tahun depan.

Beliau yang menawarkan diri bertanding jawatan timbalan presiden berkata beliau juga berhadapan dengan suasana pertandingan tidak sihat berikutan ada pihak yang cuba mewujudkan ‘ombak’ kononnya parti itu telah mempunyai gandingan pemimpin yang mantap untuk pemilihan kelak.

“Nak bertanding, bertandinglah cara sihat. Ini tidak, dalam pertandingan ada banyak campur tangan, banyak sangat ulasan dan pandangan dari puak itu, puak ini. Biarlah pertandingan berjalan dengan baik.

“Ini semua menunjukkan perbuatan orang yang tidak taat pada parti, yang akhirnya akan menimbulkan rasa tidak puas hati pihak yang lain. Yang akan rosak nanti ialah parti dan juga orang Melayu sendiri,” katanya.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-31 Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Kelantan di sini, semalam.

Tegasnya, dalam keadaan sekarang, Umno memerlukan barisan pemimpin yang berkemampuan dan serasi serta boleh bekerja bersama dan bukan hanya bergantung kepada gandingan mantap semata-mata.

“Umno kena ada kombinasi pemimpin yang baik, bukan gandingan yang mantap seperti yang sering kita dengar kebelakangan ini. Yang penting, gandingan itu serasi. Kalau Umno kuat, orang Melayu pun akan kuat,” katanya. Beliau juga membidas pihak yang tidak menghormati malah cuba mempersoalkan keputusan Majlis Tertinggi terutama dalam soal tempoh pemilihan yang diputuskan diadakan pada Mac depan.

“Ini keputusan Majlis Tertinggi, janganlah dalam hal ini pun nak melobi. Kita kena taat pada pimpinan, kalau buat sesuka hati, wujudkan ombak ini, Umno boleh roboh kalau ini cara yang dilakukan. Saya tak buat macam tu,” katanya. BERNAMA

One response to “Muhd Taib selar tindakan pemimpin wujudkan suasana tidak sihat

  1. Mat Taib,
    Dunia tahu engkau kaki rasuah,takkan lupa kot!
    Kenapa nak beria ia nak tawar diri Jadi Timbalan, kalaupun engkau menang,nanti susah President nak lantik orang rasuah jadi Timbalan PM. Walaupun UMNO nah tak relevent lagi dalam politik Malaysia,janganlah sebab engkau UMNO akan berkubur. Nak ingatkan kau orang melayu perlukan PAS dari UMNO. UMNO dah lama jual Melayu dilaukan oleh perasuah seperti Mohamad Mohd.Taib.(Bangsat)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s