Saya hormati pelan peralihan, akan beri penjelasan kepada PM jika perlu – Muhyiddin

http://www1.mstar.com.my/

KOTA KINABALU Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti Mac depan, berkata beliau sentiasa menghormati pelan peralihan kuasa yang telahpun dipersetujui dan mengulangi bahawa ulasan yang dibuatnya semata-mata berkaitan tempoh berkempen.

“Saya menghormati pelan peralihan kuasa yang telahpun dipersetujui. Saya orang pertama yang memberi respons bahawa saya menghormatinya, saya menerimanya, saya tidak lagi bertanya apa-apa mengenainya kerana ia telahpun dipersetujui oleh pemimpin, anggota majlis, lebih baik kita berpegang kepada keputusan itu.

“Saya hanya menyatakan fakta, jika ia (tempoh berkempen) adalah panjang, maka ia adalah panjang. Saya tidak menyarankan lebih daripada apa yang saya katakan,” katanya selepas menghadiri sambutan hari raya Kelab Anggota Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) Sabah di sini semalam.

Ditanya sama ada beliau akan membuat penjelasan terus kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Muhyiddin menjawab: “Saya sememangnya mahu membuat penjelasan, tiada masalah, jika Perdana Menteri mahu saya membuat penjelasan mengenai apa yang telah saya katakan.”

Kepada soalan sekiranya beliau percaya Abdullah telah salah faham tentang apa yang beliau cuba katakan, Muhyiddin berkata ramai orang tidak memahami apa yang beliau perkatakan.

“Dua hari lepas, Datuk Seri Najib juga bertanya kepada saya sama ada saya baca laporan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia. “Sebenarnya saya cakap, saya hanya memberikan ulasan berhubung pertanyaan orang kepada saya tentang tempoh empat bulan berkempen, adakah ia panjang atau tidak? Jadi saya jawab sudah tentulah ia panjang, itu saja,” jelas beliau.

“Saya langsung tidak sentuh mengenai pelan peralihan, saya hanya beri respons kepada soalan berhubung tempoh berkempen,” katanya.

Muhyiddin berkata beliau dinasihati oleh ramai kawannya supaya bersabar dengan keadaan itu dan tidak memberi ulasan selanjutnya yang boleh disalah tafsir.

Beliau turut ditanya sama ada beliau percaya yang beliau boleh terus menjalankan peranannya dalam Kabinet dengan baik memandangkan terdapat sesetengah anggota yang kini mungkin berasa dukacita dengan beliau.

Muhyiddin menjawab: “Saya tidak ada masalah kerana saya menunaikan tanggungjawab yang diberikan kepada saya. Saya menyertai Perdana Menteri dalam semua mesyuarat Kabinet dan mesyuarat penting lain.” Mengenai kelayakannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua bahagian Umno yang memberikan sokongan mereka kepadanya.

“Saya berasa amat yakin berikutan perkembangan positif ini, tapi sudah tentu saya harap ia tidak akan terhenti, (saya harap mereka) akan terus memberikan sokongan yang amat saya perlukan. Pada akhirnya, sudah tentulah saya berharap untuk menang,” katanya. BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s