Tun tidak perlu kempen

http://www.utusan.com.my/

KAMPUNG GAJAH 19 Okt. – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak perlu berkempen melobi mana-mana calon yang akan bertanding merebut jawatan dalam pemilihan UMNO Mac depan kerana ia boleh memecah belahkan parti.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata, kempen yang dijalankan oleh bekas Presiden UMNO itu hanya akan menyebabkan pihak tertentu berasa tersinggung kerana ahli parti sepatutnya diberi kebebasan memilih mana-mana calon yang layak.

“Tun Mahathir boleh memberi komen secara umum tetapi tidak wajar bagi beliau untuk memihak kepada sesetengah calon.

“Ini kerana, dari segi politik kenyataannya boleh mempengaruhi keputusan perwakilan UMNO bahagian membuat keputusan pencalonan dan pemilihan pemimpin,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Wanita UMNO Bahagian Pasir Salak di sini, hari ini.

Tajuddin berkata, kebanyakan calon yang bertanding mempunyai kelebihan tersendiri dan mereka sepatutnya diberi peluang bersaing merebut jawatan secara terbuka dan tidak dipengaruhi mana-mana pihak.

Tambahan pula katanya, setiap calon terbabit melalui proses pemilihan dan pencalonan yang ditetapkan parti dan bukannya ‘diletakkan’ oleh pihak tertentu yang ingin berkuasa.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s