Tan Lian Hoe diminta jelas kenyataannya mengenai isu asal usul rakyat negara ini

http://www.utusan.com.my/

 

22/10/2008 12:58pm
KUALA LUMPUR 22 Okt. – Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Tan Lian Hoe diminta memberi penjelasan mengenai kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman berhubung asal usul rakyat negara ini pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Tan yang juga Ketua Wanita Gerakan diminta berbuat demikian sebaik sahaja beliau bangun untuk menjawab soalan pada sesi soal-jawab berkaitan kementerian itu oleh Salahuddin Ayub (PAS-Kubang Kerian) berhubung kenyataannya itu yang dibuat pada persidangan perwakilan Pemuda dan Wanita Gerakan pada 10 Oktober lepas.

Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) turut mencelah dengan melahirkan rasa tidak berpuas hati dengan kenyataan Tan itu.

Tan bagaimanapun berkata, isu itu sudah selesai dan beliau akan memberikan penjelasan kepada Mohamed.

Terdahulu, ketika menjawab soalan Datuk Ismail Abd Muttalib (BN-Maran), Tan berkata, Kementerian Penerangan sedang berbincang dengan negara Brunei Darussalam untuk menjalinkan kerjasama dalam pemberitaan.

“Kementerian melalui Jabatan Penyiaran mengadakan hubungan dengan negara-negara Asia Pasifik bagi mengadakan kerjasama daripada segi pertukaran maklumat dan pemberitaan.

“Setakat ini ada Warta Serumpun di antara Malaysia dan Indonesia, kini sedang mengadakan perhubungan dengan Brunei untuk pemberitaan di antara kedua-dua negara,” katanya. – Bernama

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s