Khairy layak, Pemuda Gua Musang mesyuarat dua kali

MALAYSIAKINI
Abdul Rahim Sabri | Oct 25, 08 3:08pm
Khairy Jamaluddin layak bertanding jawatan ketua Pemuda selepas mendapatkan pencalonan daripada Pemuda bahagian Gua Musang yang bermesyuarat semula hari ini.

khairy jamaluddinMesyuarat pertama diadakan dua hari lalu – pada 23 Oktober – di mana Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendapat pencalonan untuk bertanding jawatan ketua Pemuda.

Ketua Pemuda Gua Musang, Bazlan Baharuddin mendakwa, mesyuarat hari ini diadakan mungkin atas arahan pihak bahagian.

Mesyuarat hari ini turut mencalonkan ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim untuk jawatan naib ketua. Mesyuarat sebelum ini mencalonkan Datuk Reezal Merican Naina Merican untuk jawatan tersebut.

Menurut Bazlan, pihak bahagian memang mengarahkan supaya mesyuarat Pemuda diadakan hari ini.

Bagaimanapun, katanya, atas alasan untuk mengelak berlaku kekecohan, mesyuarat Pemuda dipercepatkan kepada 23 Oktober lalu.

Menurutnya, 190 perwakiland dari 78 cawangan dalam bahagian Gua Musang telah menghadiri mesyuarat tersebut dan membuat mencalonkan Dr Mohd Khir dan Reezal, masing-masing untuk jawatan dan naib ketua Pemuda pusat.

Bazlan berkata mesyuarat Pemuda diadakan semula hari ini kerana beliau dianggap mengingkari arahan bahagian supaya bermesyuarat hari ini.

Katanya, mesyuarat pada 23 Oktober lalu diadakan dengan persetujuan jawatankuasa pemantau negeri, dan turut dimaklumkan kepada pihak Pemuda pusat dan pihak bahagian.

Mengenai kedudukannya, Bazlan berkata, beliau tidak menghadiri mesyuarat pada hari ini kerana tidak dimaklumkan mengenainya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s