PM: Jangan sesekali beri ruang kepada individu yang boleh cetuskan ketegangan

http://www1.mstar.com.my

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak sesekali membenar atau memberi ruang kepada sebarang kumpulan ataupun individu pelampau melakukan apa jua tindakan yang boleh mencetuskan ketegangan.

Perdana Menteri berkata perkara itu dapat dicapai dengan berbekalkan semangat Deepavali, dan dengan keyakinan bahawa nilai-nilai yang baik akan sentiasa memperoleh kemenangan.

“Kita semua sudah cukup matang untuk menyedari bahawa hampir kesemua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum mahupun agama, berkongsi impian dan matlamat yang sama untuk keluarga dan negara,” kata Abdullah dalam amanatnya sempena Hari Deepavali.

Perdana Menteri berkata kerajaan amat komited dalam memastikan semua rakyat di negara ini, termasuk yang berketurunan India, hidup lebih baik dan sejahtera kerana sebarang kemajuan yang dicapai oleh rakyat Malaysia termasuk daripada kalangan kaum India, akan turut membawa manfaat kepada negara.

Malah, katanya, rakyat Malaysia berketurunan India sentiasa bekerja keras, tanpa mengenal erti penat lelah, dan menjalinkan hubungan kerjasama yang erat dengan kerajaan, semuanya dilakukan agar kehidupan yang lebih baik dan sejahtera dapat dinikmati.

“Mereka merupakan sebahagian penting daripada masyarakat Malaysia dan kerajaan mengiktiraf serta menghargai sumbangan mereka baik dahulu, mahupun masa kini,” kata Abdullah.

Untuk itu, beliau berkata kerajaan telah menubuhkan jawatankuasa Kabinet bagi menangani segala cabaran yang dihadapi masyarakat berketurunan India di Malaysia, dan ini jelas mempamerkan kesungguhan kerajaan dalam menyelesaikan pelbagai isu tertangguh.

“Berlandaskan semangat Barisan Nasional yang sejati, jawatankuasa ini yang terdiri daripada wakil pelbagai parti komponen, bermuafakat dan berganding bahu demi memastikan rakyat Malaysia akan terus melangkah maju dan makmur bersamasama,” katanya.

Sambil berkongsi tradisi Deepavali, Perdana Menteri mengajak sekelian rakyat untuk merenungkan bersama betapa bertuahnya menjadi rakyat Malaysia, dan betapa megahnya menjadi sebahagian daripada masyarakat Malaysia yang terkenal dengan keunikan dek kepelbagaiannya.

Beliau turut mengucapkan selamat menyambut Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang menganut agama Hindu dan berharap hari yang istimewa ini dapat disambut dan dikongsi bersama sanak saudara dan rakan taulan, tanpa mengira kaum serta agama. BERNAMA

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s