Khairy: Debat terbuka bukan untuk bercakaran

http://www1.mstar.com.my/

KUALA LUMPUR: Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menegaskan debat terbuka yang dicadangkannya bagi calon-calon yang bertanding merebut jawatan ketua pergerakan itu bukan bermaksud untuk bercakaran tetapi bagi menjelaskan prinsip perjuangan masing-masing.

“Saya cadangkan diadakan debat itu secara terbuka dan sihat jadi saya tidak nampak ini akan meruntuhkan perpaduan dan dalam parti kerana bukan kita adakan debat untuk bercakaran sesama kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka MIC sempena sambutan Hari Deepavali di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Beliau yang baru sahaja melayakkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda berkata debat secara terbuka itu merupakan platform terbaik untuk melibat kelebihan setiap calon yang bertanding.

“Umno pada ketika ini adalah parti kerajaan jadi sesiapa sahaja yang menjadi pemimpin Umno akan menjadi pemimpin yang mewakili kerajaan. Sama ada di peringkat Ketua Pemuda atau di peringkat atasan saya rasa rakyat hendak melihat apakah pendapat, visi, idea dan kebolehan setiap calon,” kata beliau.

Tegas beliau lagi, debat secara terbuka itu tidak akan mematahkan semangat demokrasi dalam parti kerana debat tersebut akan dijalankan dengan penuh tanggungjawab dan tertib.

“Kita adakan debat secara gentleman untuk kemukakan idea dan fakta dan bukan untuk serang peribadi. saya nampak platform anak Umno mesti berani menyuarakan pendapat mereka di khalayak ramai. Jadi apabila kita nak adakan intuisi platform kita kena ada satu forum di mana kita boleh menampilkan diri kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.

Khairy turut mengucapkan terima kasih kepada seorang lagi calon jawatan itu, bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo kerana telah menyahut cabaran beliau untuk berdebat secara terbuka.

“Debat akan dijalankan secara gentleman, saya cuma minta diberitahu tempat, masa dan tarikh, saya akan datang,” kata Khairy.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut keengganan seorang lagi calon, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir untuk terlibat di dalam debat terbuka tersebut.

Ketika ditanya mengenai harapan beliau untuk memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti Mac depan, Khairy yakin peluang untuknya memenangi jawatan itu adalah cerah.

“Peluangnya adalah okay dan kita lihat apakah keputusannya nanti, saya akan berkempen dengan sebaik mungkin,” katanya.

Semalam, Dr Mohd Khir menyahut cabaran Khairy yang mengajak calon-calon Ketua Pemuda supaya berdebat bagi menjelaskan pendirian dan pelan masing-masing.

Bagaimanapun Mukhriz tidak bersetuju dengan cadangan itu menyatakan soal pemilihan parti merupakan hak ehwal dalaman Umno dan tidak wajar dilakukan secara terbuka.

One response to “Khairy: Debat terbuka bukan untuk bercakaran

  1. debat patut diadakan secara tertutup jika mukhriz beri alasan yg agak tak munasabah kerana takutt imej parti akan tercalar. dulu beliaulah hero apabila berani mendesak pak Lah melalui surat. kali ini kita nak lihat batang hidung mukhriz dan nak tahu juga apa pendirian beliau mana hala tuju beliau? nanti org akan melihat selama ini tindakan mukhriz adalah dipandukan oleh bapaknya, sebab itu kita mahu hero ini tampil dan menyatakan pendiriannya. jangan duduk dibawah ketiak bapa. Orang melihat beliau muncul sebagai wira hanya kerana isu ‘hate politik’. Benci kpd individu lain maka mukhriz diangkat. pemimpin camni jika menang tak akan kekal lama. kecut.
    ———————————
    http://syokmymode.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s