Pemuda Kepala Batas calonkan Khairy, Reezal

http://www.utusan.com.my/

27/10/2008 1:15pm

KEPALA BATAS 27 Okt. – Persidangan Pemuda UMNO Bahagian Kepala Batas hari ini sebulat suara mencalonkan Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda pada pemilihan parti Mac depan.

Ketua Pemuda UMNO bahagian itu, Datuk Reezal Merican Naina Merican yang juga Exco pergerakan Pemuda UMNO pula dicalonkan secara sebulat suara bagi jawatan Naib Ketua.

Persidangan tersebut menyaksikan Reezal Merican menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua Pemuda bahagian selepas penyandangnya, Datuk Ahmad Darus mengosongkan jawatan setelah dilantik sebagai Setiausaha UMNO bahagian itu.

Nor Faiz Hassan yang juga bekas Ahli Jawatankuasa Pemuda UMNO bahagian itu pula menang tanpa bertanding bagi jawatan Naib Ketua. – Utusan

One response to “Pemuda Kepala Batas calonkan Khairy, Reezal

  1. Salam Blogger,

    Sudah dijangka oleh kebanyakan pemerhati bahawa keputusan ini akan menjadi realiti.

    Harap Umno terus subur mekar dan kukuh dalam umat Melayu.

    Sarfarizmal Saad
    http://Sarfarizmalsaad.blogspot.com

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s