Dr. Mahathir tidak setuju hapus ekuiti bumiputera

http://www.utusan.com.my

 

 

 

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Syarat pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat senaraian awam tidak boleh dihapuskan sekarang kerana penghapusannya belum tentu menjamin daya saing syarikat-syarikat tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, beliau tidak bersetuju dengan cadangan Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai bahawa penghapusan pegangan ekuiti itu akan memastikan daya saing syarikat berkenaan.

Katanya, apabila sudah mencapai matlamat ekuiti pemilikan 30 peratus bumiputera, maka ketika itu bolehlah syarat tersebut dimansuhkan.

”Kalau sudah tercapai matlamat, ekuiti itu patut kita hapuskan. Sekarang belum tercapai. Banyak lagi nak kena buat. Kalau 20 peratus hari ini tidak berkembang, sedangkan ekonomi berkembang 20 peratus, itu akan kurang, jadi ini semua kena ambil kira.

”Kalau kita sudah capai, kita hapuslah, belum capai tak boleh. Walaupun kita boleh ubah tapi matlamat kita kena jaga. Saya fikir waktu ini tak bolehlah. Bukan masa nak buat penyesuaian apa-apa pun, dunia sedang huru-hara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) di sini hari ini.

Dr. Mahathir berkata, sekiranya hak bumiputera mahu dikurangkan kepada 20 peratus maka hak bukan bumiputera seharusnya diturunkan juga.

Sementara itu, ketika ditanya berhubung pertikaian hak-hak istimewa orang Melayu, beliau berkata, orang selalu bercakap tentang hak keistimewaan Melayu tetapi lupa bahawa orang bukan Melayu juga ada hak mereka.

”Ya, kita selalu cakap. Tetapi orang bukan Melayu ada hak juga. Kalau ambil hak Melayu, maka kena ambil hak bukan Melayu. Kita kena cakap secara rasional, jangan tumpu satu pihak sahaja,” ujarnya.

Mengulas sama ada wujud perpecahan berikutan pertandingan antara anak beliau, Datuk Mukhriz dan Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, Dr. Mahathir berkata, tidak bermakna dengan adanya pertandingan maka timbul juga perpecahan.

One response to “Dr. Mahathir tidak setuju hapus ekuiti bumiputera

  1. Jangan ikutkan sangat. Kena ingat mereka tu ingin memancing undi bukan melayu juga. Keadaan sekarang belum sesuai untuk menghapuskan semua ini.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s