Kementah, KDN akan bincang Eurocopter – TPM

http://www.utusan.com.my/

PUTRAJAYA 28 Okt. – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Kementerian Pertahanan (Kementah) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan berbincang berhubung keputusan menangguhkan pembelian pesawat Eurocopter EC725 bagi menggantikan Nuri.

Timbalan Perdana Menteri berkata, perbincangan itu bagi mencari kaedah yang paling sesuai mengenai pembelian pesawat tersebut sama ada menangguhkan pelaksanaannya atau tempoh pembayaran dipanjangkan.

“Kita telah memutuskan projek yang tidak ada kesan limpahan yang besar dikaji semula.

“Ini supaya peruntukan yang dijimatkan itu digunakan untuk membangunkan ekonomi serta menentukan bahawa kesan limpahan yang maksimum dapat dirasai rakyat terutama mereka yang memerlukan bantuan kerajaan.

“Tetapi kita serahkan perkara ini (penangguhan pembelian Eurocopter) untuk dirundingkan dengan Kementerian Pertahanan dan Kementerian Dalam Negeri, sekiranya prinsip ini boleh diterima, projek itu kita boleh kaji semula, sama ada kita tangguh pelaksanaannya atau buat pembayaran yang kita panjangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Mesra Aidilfitri anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini mengumumkan keputusan kerajaan menangguhkan pembelian helikopter Eurocopter EC725 pada masa ini sehingga keadaan krisis ekonomi dunia kembali stabil.

Abdullah yang juga Menteri Pertahanan, berkata, keputusan itu dibuat pada mesyuarat Exco Majlis Ekonomi yang dipengerusikan beliau pada 13 Oktober lalu.

Pada 3 September lalu, Kementerian Pertahanan menerima keputusan dan persetujuan daripada Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter, pesawat milik Eurocopter Malaysia Sdn. Bhd. iaitu anak syarikat European Aeronautic Defence and Space Co. (EADS) dan surat hasrat kepada Eurocopter telah dikeluarkan pada 15 September lalu.

Najib berkata, kerajaan menyedari bahawa terdapat keperluan bagi Tentera Udara Malaysia (TUDM) untuk memiliki pesawat baru kerana Nuri sudah terlalu lama berkhidmat dan banyak terhempas sehingga memakan ramai korban.

“Sebab itu satu tender antarabangsa telah dipanggil untuk menggantikan pesawat Nuri, kita jangan lupa bahawa keselamatan anggota tentera dan penumpang yang gunakan Nuri, ini perlu diambil kira dalam keputusan yang kita hendak buat,” katanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s