Kronologi beli Eurocopter

18 Julai 2007 – Kerajaan melalui mesyuarat Kabinet memutuskan untuk membuat perolehan bagi menggantikan pesawat Nuri.

 

3 September 2008 – Kementerian Pertahanan menerima keputusan dan persetujuan daripada Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter, pesawat milik Eurocopter Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat European Aeronautic Defence and Space Co (EADS). Kementerian itu mengeluarkan Surat Hasrat kepada Eurocopter pada 15 September 2008.

 

26 September 2008 – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan Eurocopter memperoleh kontrak untuk membekalkan pesawat baru bagi menggantikan penggunaan Nuri.

 

13 Oktober 2008 – Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Abdul Aziz Zainal memberitahu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan membeli kumpulan pertama lapan hingga 10 helikopter keluaran Eurocopter EC725 bagi menggantikan pesawat Nuri secara berperingkat.

 

13 Oktober 2008 – Ketua Pembangkang membangkitkan isu pembelian Eurocopter di Dewan Rakyat, didakwa dibeli dengan harga yang begitu tinggi dan memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu.

 

19 Oktober 2008 – Kabinet bersetuju pembelian helikopter Eurocopter EC725 bagi menggantikan Nuri yang dipertikaikan pihak tertentu diperhalusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

 

19 Oktober 2008 – Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan kewajaran Kementerian Pertahanan dalam pembelian Eurocopter EC725, sambil menegaskan tidak ada sebarang penyelewengan dalam urusan dengan syarikat pembekal.

 

20 Oktober 2008 – Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR membuat laporan polis berkaitan penyelewengan wang yang didakwa mereka berlaku dalam pembelian Eurocopter EC725.

 

24 Oktober 2008 – Badan Pencegah Rasuah (BPR) memberitahu akan meneliti laporan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam proses pembelian helikopter Eurocopter.

 

28 Oktober 2008 – Perdana Menteri mengumumkan keputusan kerajaan menangguhkan pembelian tersebut.

 

2 responses to “Kronologi beli Eurocopter

  1. Nape tangguh?
    Najib takut kena siasat la tu..
    Dia and Rosmah la sebenarnya dalang di sebalik pembelian heli tu..
    Najib seperti biasa pasti la menafikan segala perkara yang berkaitan dgn dia..walhal berbillion tu masuk tembolok keluarga dan kroni dia..bukan rakyat tak tahu..Dia dan rosmah asik nak perbodohkan rakyat..pengikut UMNO pun percaya la..walaupun mereka tahu hal sebenarnya yang najib tu ambil duit rakyat..
    DASAR NAJIB tu PENIPU..
    Cuba fitnah kan najib ke atau mahathir tu meliwat.. ada tak org UMNO percaya ..?
    ADA tak?..mati dibunuh.. semua kutu alias beruk UMNO tu tak percaya..
    tapi kalu nama Anuar je..semua beruk UMNO tu
    suka tokok tambah buat fitnah lagi..yang tak logik( bawa tilam ke court) dan masuk akal pun di guna pakai..memang orang UMNO nih..suka memperbodohkan rakyat suka menipu sejak 50 tahun lagi..
    Sekarang dah berubah..rakyat dah semakin bijak..yang penting KUASA di tangan RAKYAT.
    hanya yang tinggal BERUK dan MONYET dalam UMNO tu saja..
    UMNO merompak duit rakyat untuk kepentingan individu dan kroni pemimpinnya..
    kini rakyat dah tahu dan sedar..betapa BUSUK nya UMNO

  2. Jangan tuduh sebarangan. tak ada bukti jangan kata.

    hati hati menulis dan berkata.

    dosa pun kena kira juga.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s