Pemuda sokong usul pertahan Utusan Malaysia

http://www.utusan.com.my/

HISHAMMUDDIN Tun Hussein bertanya sesuatu kepada pelajar Myanmar, Azizah Abdul Rashid selepas merasmikan upacara penyampaian bantuan kelas mudah alih (EMS) di Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 28 Okt. – Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi sokongan tidak berbelah bahagi terhadap usul Puteri UMNO Sungai Petani yang meminta semua pihak mempertahankan akhbar Utusan Malaysia.

Menurutnya, keterbukaan Utusan Malaysia sebagai sebuah akhbar yang berjuang untuk orang Melayu dan bumiputera di negara ini sebenarnya tidak dapat dinafikan.

”Kita faham semua pihak terutama media boleh memainkan peranan untuk membantu negara membina sebuah landskap politik yang cemerlang.

”Saya memberi sokongan tidak berbelah bahagi kepada Utusan Malaysia dan usul Puteri itu seharusnya disokong semua,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan upacara penyampaian bantuan kelas mudah alih (EMS) daripada syarikat pembuat kabin, VBM Distributor Sdn. Bhd. kepada kanak-kanak mangsa taufan Nargis Myanmar di sini hari ini.

Sistem EMS merupakan teknologi kelas bergerak yang boleh memuatkan 40 orang pelajar pada setiap masa pengajaran dan boleh dibina oleh empat orang dalam masa empat hari sahaja.

Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif VBM Distributor, Muhamad Yusof Isa, Duta Myanmar di Malaysia, Tit Latt dan wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) Malaysia, Dr. Rudi Luchmann.

Hishammuddin yang juga Presiden Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan bagi Asia Tenggara (SEAMEO) mengulas kenyataan Ketua Puteri UMNO Sungai Petani, Shahanim Mohd. Yusof dalam mesyuarat perwakilannya kelmarin yang meluluskan usul meminta semua pihak mempertahankan akhbar Utusan Malaysia agar terus menjadi wadah perjuangan Melayu dan bumiputera di negara ini.

Shahanim berkata, usul yang diluluskan itu akan dibawa ke persidangan perwakilan Puteri pada Perhimpunan Agung UMNO Mac depan.

Kata Hishammuddin, setiap media juga seharusnya faham tanggungjawab yang harus diberi untuk memastikan masyarakat negara ini tidak berpecah belah.

”Semua pihak harus melihat peranan media secara rasional dan mengimbangi keterbukaan media dengan rasional,” ujarnya.

One response to “Pemuda sokong usul pertahan Utusan Malaysia

  1. Kalau pasal keterbukaan yang kena atas batang hidung sendiri memang orang nak melenting. Kalau bab mengenakan orang, memang dipuji sangat. Kalau tak senada mesti tak puas hati punya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s