Pemuda UMNO rayu campur tangan Sultan Selangor

http://www.utusan.com.my/

SHAH ALAM 28 Okt. – Pemuda UMNO Selangor merayu campur tangan Sultan Sharafuddin Idris Shah ekoran banyak tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kebelakangan ini dilihat semakin mengabaikan kepentingan orang Melayu.

Sehubungan itu, satu memorandum akan diserahkan kepada baginda dalam beberapa hari lagi bagi menilai semula pelantikan Abdul Khalid yang menerajui kerajaan campuran di Selangor mulai 13 Mac lalu.

Ketuanya, Abdul Shukur Idrus (gambar) berkata, antara tindakan Abdul Khalid yang dilihat mengetepikan kaum Melayu termasuk melantik Timbalan Pengurus Korporat dan Akaun, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Low Siew Moi sebagai Pemangku Pengurus Besar perbadanan itu.

Pihaknya juga akan menyerahkan memorandum bantahan berasingan kepada Abdul Khalid berhubung pelantikan Siew Moi itu.

“Rata-rata kepimpinan Pemuda UMNO Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri Barisan Nasional merasa kecewa dan sedih dengan tindakan kerajaan negeri hari ini yang dirasakan semakin tertekan untuk meraih sokongan kaum- kaum lain hingga Menteri Besar sanggup menggadaikan maruah bangsanya sendiri.

“Tindakan itu juga memecah tradisi kepimpinan PKNS sebelum ini diterajui bumiputera, apa yang dilakukan itu seolah-olah menutup ruang dan memperkecilkan pengalaman dan kredibiliti pegawai-pegawai berketurunan Melayu.

“Golongan bumiputera kini dilihat seolah-olah langsung tidak berkelayakan memegang jawatan itu sedangkan ramai sedia maklum PKNS ditubuhkan untuk meningkatkan taraf sosioekonomi mereka,” katanya di sini hari ini.

Semalam Abdul Khalid mengumumkan pelantikan Siew Moi yang sepatutnya bersara tahun ini tetapi dilanjutkan tempoh persaraannya, sebagai Pemangku Pengurus Besar PKNS untuk tempoh selama setahun bagi mengambil alih tugas Pengurus Besar PKNS sekarang, Datuk Harun Salim yang akan bersara hujung bulan ini.

Ekoran itu, enam persatuan kakitangan PKNS hari ini menyerahkan memorandum kepada Abdul Khalid dan mendesaknya menarik balik pelantikan Siew Moi itu kerana dikatakan tidak memenuhi aspirasi penubuhan PKNS bagi membantu meningkatkan sosial dan ekonomi bumiputera.

Dalam pada itu, Abdul Shukur berkata, Pemuda UMNO negeri juga mempersoalkan jangka masa pelantikan selama setahun yang disifatkan sebagai tidak rasional dan ‘main-main’ tanpa mengambil kira kemampuan Siew Moi untuk memajukan PKNS dalam tempoh yang singkat itu.

“Kami rasakan tiada apa yang terbaik boleh dilakukan dalam tempoh singkat itu, macam satu keputusan terdesak dan tidak serius atau sekadar tangkap muat tanpa memikirkan PKNS memerlukan ketua yang bijak merancang kemajuan dan kecemerlangannya secara berterusan,” ujarnya.

8 responses to “Pemuda UMNO rayu campur tangan Sultan Selangor

  1. Amboi..konon la UMNO buat baik..sedapnya mengat orag mcm kau org tak penah buat najis kat negeri tu.
    nak jaga kepentingan org melayu konon..!
    berlakon betul kau eh..
    tak ingat ke masa pemerintahan kau disitu..
    segala hasil negeri tu pemimpin dan pengikuti kau yang bolot dengan rakus nya..duit rakyat habis semua kau kebas sesuka hati mak bapak kau je..
    kasi kroni ,keluarga dan pengampu kau je..
    macam la rakyat tak tahu dosa dosa kau dulu..
    apa yang kau dah buat kat rakyat..kami masih ingat..tapi kami bukan boleh buat apa pun..
    cuma masa pilihanraya la kuasa kami..
    tu la..KUASA di tangan RAKYAT.
    Jangan la kau org UMNO nak menyibuk pemerintahan org..pegi jahanam la kau..
    biar pun org Cina, ke India k, Singh ke..tapi mereka buat dengan jujur, ihklas,amanah..tiada hasad dengki pada rakyat tidak seperti pada zaman pemerintahan kau dulu ..apa salah nya!
    orang kafir pun tahu buat baik..dari org melayu islam konon yang hati busuk dan dengki khianat macam org UMNO.

  2. Umno saja ke perangai mcm tu ? tak ingat ke sedekah seks kat perak ?

    atau kronisme dlm PKR dgn lantik adik Anwar dlm KDEB di selangor ?

    atau mencarut dlm konsert protes rakyat oleh geng Hishamudin Rais di stadium ?

    atau pacak papan tanda hina bahasa kita dgn menggunakan bahasa selain tulisan melayu jawi di KL oleh Teresa Kok ?

    Sian nampak Umno shj buruk, tapi rupanya ada lagi buruk dan terburuk selepas Umno yang dikutuk semua buruk.

    jgn jadi beruk sudahlah !!!

  3. bukan kah itu semua yang kau ckp diatas budaya yang di asaskan oleh beruk UMNO..bukan kah UMNO yang memerintah selama 50 tahun di bumi malaysia ini..dan bukan kah UMNO yang mengajar segala keburukkan itu dulu..
    pandai betul org UMNO nak cari kesalahan ye..
    semua yang kau katakan itu adalah budaya UMNO masa dedulu lagi..
    takkan la kau tak biasa atau pura-pura tak biasa..
    mana ada orang UMNO kerja dengan jujur dan amanah..
    kau sendiri tentu ingat ,tak salah aku sahidan kassim atau MP dari pahang yang aku penah nampak tunjuk/buat isyarat lucah pada parti lain…jgn la nak tipu aku boleh tunjuk video nya….itu la budaya dari UMNO yang memang terkenal..
    jangan la kau buat lupa pulak..segala keburukan itu, UMNO terlebih dulu lakukan..
    Aku tau sangat..beruk UMNO memang suka berpura-pura..depan rakyat tunjuk baik, budi bahasa konon,belakang ..habis duit rakyat dia songlap..kebas.
    itu kau cerita anuar la yang kau nampak.sebab kau tak suka anuar,yang dah beribu-ribu orang UMNO rasuah berbillion berjuta ringgit selama 50 thn memerintah kau buat tak nampak..kerajaan UMNO amik duit KWSP , tabung haji..tu kau tak nampak ke? itu kan duit rakyat..kenapa nak guna..tu kan tak amanah namanya?
    guna duit rakyat untuk kepentingan individu UMNO, kluarga dan kroni..APA tuh..!
    guna duit rakyat untuk suntik acc. syarikat besar..kroni UMNO..APA tuh..senang-senang je ambil duit rakyat..ingat duit bapak kau orang ke..
    bukan rakyat tak tahu..tapi kite boleh buat apa pon..rakyat menyumpah je la..kalu berjuta rakyat malaysia tak halalkan kerajaan UMNO guna duit tuh untuk tembolok mereka..tak ke haram tu?
    Ahh.. biasa la..benda haram tu UMNO dah biasa buat..budaya dia sejak 50 tahun dulu ..dari akar umbi lagi..

  4. penulis_cyber

    Kau tak puas hati lagi…sbb fitnah kau tak jadi.

    ramai kena tangkap penjara ko tak cakap pun.

    tu bukti kerajaan itu kerja bukan habiskan duit kerajaan utk poya poya.

    Buruk2 pun kita org ada Allah sbg Tuhan dan Nabi sbg ikutan.

    Yg tak nampak jgn buat fitnah

  5. woi
    korang ni buah pelir lah
    apsal nak gaduh

    cina dengan india gelak
    nyoya tu nak berhenti akhir pi bagi smabuang buat apa
    melayu senior ada dua orang

    korang tak biasa dengan boss cinacuba korang pegi chek kat melayu yang kerja kat kilang-kilang
    betapa jahat nya tauke @ mgr cina menindas orang melayu

    tu nak berhenti

    je ..

  6. Salam Tuan Blog
    Terima kaseh.

  7. Kalau betul UMNO ada buat macam tu dulu, cakap tu budaya UMNO, yang pergi ikut buat apa? Menyudahnya jadi bangang pulak, nak jadikan benda tu alasan untuk buat benda tu. Apa bezanya PR dengan orang lain? Macam takda beza je. Benda yang orang lain buat dia buat jugak. Memang bangang tahap monyet la kalau macam tu. Orang yang macam tu ko nak sokong? Yang bangang pergi buat benda jahat yang orang buat? Ko pon bodoh sama lah kalau macam tu, menyokong orang buat jahat dengan alasan sebab orang lain dah buat. Sengal yang amat.

  8. Ni satu lagi kerja bodoh Khalid. Sibuk sangat nak meraih sokongan bukan Melayu, nak sangat jadi hero, semua benda pun dia sanggup buat, lepas tu ada pulak golongan melayu bodoh yang pergi sokong bertepuk tangan suka.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s