Shabery Cheek sokong

http://www.utusan.com.my/

 

KAPIT 28 Okt. – Menteri Penerangan, Datuk Ahmad Shabery Cheek menyokong diadakan debat terbuka sebagai satu cara pemilihan pemimpin dalam UMNO sebagaimana dicadangkan oleh beberapa pemimpin parti itu kebelakangan ini.

Beliau berkata, pendekatan tersebut akan membolehkan orang ramai menilai personaliti calon, tahap kebijaksanaan, kekuatan dan paling penting, kewibawaan.

“Debat mungkin tidak memberikan gambaran secara menyeluruh tetapi orang ramai pasti ingin tahu perancangan dan program yang ditawarkan oleh calon-calon dalam berdepan dengan pembangkang,” katanya kepada pemberita selepas melawat pasar tani anjuran Majlis Daerah Kapit di sini hari ini.

 

Ahmad Shabery berkata, debat membolehkan pengundi melihat kredibiliti dan kebolehan seseorang calon dalam menangani sesuatu perkara.

Beliau berkata, ia juga membolehkan pengundi melihat idea dan kredibiliti seseorang calon meskipun kepetahan mereka tidak menggambarkan segala-galanya.

“Dengan berdebat, setiap pengundi tahu untuk menilai kekuatan dan kebolehan seseorang calon. Ia merupakan cara bagi mengelakkan berlakunya politik wang yang mungkin wujud semasa pemilihan parti nanti,’’ katanya.

Advertisements

One response to “Shabery Cheek sokong

  1. Betul tu, dengan berdebat, boleh nampak juga kebolehan seseorang tu. Tak perlulah bijak bercakap je macam Anwar tapi takda apa2, orang boleh menilai dari isi. Isi tu yang penting.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s