Unsur dalam DEB tidak dihapuskan-Najib

 http://www.klpos.com 

 

KL: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata unsur-unsur Dasar Ekonomi Baru (DEB) tidak akan dihapuskan pada masa ini dan proses liberalisasi akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata walaupun DEB telah diganti dengan Dasar Pembangunan Negara dan kini Misi Nasional, tetapi masih ada lagi peruntukan yang boleh dikatakan mencerminkan semangat DEB seperti peruntukan kuota dan pertimbangan tertentu yang masih dilaksanakan bagi mencapai tujuan keseimbangan pembahagian kekayaan negara.

“Apabila saya sebut dalam temubual saya dengan Bloomberg baru-baru ini, saya tidak bermaksud bahawa segala-galanya akan kita hapuskan pada masa sekarang ini.

“Saya kata bahawa apabila orang Melayu dan Bumiputera sudahpun berjaya dan mereka mempunyai keyakinan diri untuk bersaing di peringkat domestik dan global pada masa itu, orang Melayu dan Bumiputera tidak perlu lagi kepada sebarang kuota atau pertimbangan khas,” katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan mesra Aidilfitri anjuran Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, Selasa.

Turut hadir ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Tan Sri Muhammad Muhammad Taib, Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim, isteri Rais Datin Seri Maznah Rais dan Presiden DPMM Syed Ali Alattas.

Najib ketika diwawancara dalam program Bloomberg Voices terbitan Bloomberg TV baru-baru ini, yakin pelbagai unsur DEB yang berakhir pada 1990 dan digantikan dengan Dasar Pembangunan Nasional (DPN) pada 1991, boleh dihapuskan secara beransur-ansur.

Beliau berkata ini bererti bahawa ia bukan sesuatu yang tergesa-gesa dan beliau amat sedar juga bahawa perubahan kepada perkara seperti ini memerlukan kepada persetujuan.

Katanya untuk mencapai pesetujuan itu, perkara tersebut perlu dibincangkan secara mendalam sebelum sebarang langkah pemansuhan atau perubahan yang besar dilakukan.

“Apa yang saya maksudkan dengan liberalisasi secara beransur-ansur, bukan bermakna esok kita akan lakukan dalam setiap keperluan, bukan.

“Konsep liberalisasi beransur-ansur ini, saya fikir ia sesuatu yang boleh diterima oleh semua orang,” katanya.

Terdahulu, Najib dalam ucapannya berkata tidak dapat dinafikan bahawa sudah ada di kalangan usahawan Melayu yang mempunyai keyakinan untuk bersaing dan berjaya di peringkat global.

“Saya menyatakan bahawa unsur-unsur DEB akan diganti melalui proses liberalisasi secara gradual atau berperingkat-peringkat, bukannya secara serta merta. Saya difahamkan ini menimbulkan pelbagai kecurigaan di hati orang-orang Melayu terutamanya,” katanya.

Beliau berkata liberalisasi yang dimaksudkan itu akan menggunakan formula yang tidak membebankan usahawan Melayu dan juga prinsip yang adil dan saksama kepada semua pihak.

“Kita akan mengambil pandangan daripada semua pihak supaya apa-apa yang akan kita laksanakan dapat diterima oleh rakyat. Seperti yang telah saya katakan, bila kita berlaku adil kepada orang lain, kita tidak mengambil hak orang lain, kita tidak menafikan hak kaum lain,” katanya.

Najib berkata beliau akan meastikan tidak ada sesiapa yang menafikan hak orang Melayu.

“Saya akan terus memperjuangkan agenda Melayu. Jangan ada sesiapa sama ada dalam dewan ini mahupun yang berada di luar sana cuba mempertikaikan perkara ini,” katanya.

Katanya beliau juga akan mengumumkan beberapa langkah yang akan dilakukan oleh kerajaan bagi menangani masalah krisis kewangan dunia dalam ucapannya di Parlimen pada 4 Nov nanti.

Najib berkata langkah yang bakal diumumkan itu turut bagi menangani masalah ekonomi sebenar yang membabitkan peniaga Melayu dan Bumiputera sehingga boleh terjejas jika ekonomi merudum.

“Saya lihat jika saham jatuhpun, satu aspek, tetapi jangan ekonomi sebenar kita ini terlalu terjejas impaknya kerana jika ekonomi sebenar terjejas, maka yang pertama akan gulung tikar adalah peniaga Melayu dan Bumiputera. Mereka ini agak mudah terjejas jika ekonomi merudum,” katanya./BERNAMA

Advertisements

2 responses to “Unsur dalam DEB tidak dihapuskan-Najib

  1. Apa kata kekalkan sahaja DEB utk bezakan antara melayu bumiputera dgn bangsa cina dan india ?

    yg penting Melayu mesti ada keistimewaan dan tidak perlulah dikaji atau dibuang sekarang atau ansur ansur.

    jika dpt keistimewaan pun msh jauh beza, apatah lagi jika tidak dpt apa apa !

    harap suara ini didengari oleh kerajaan..

  2. Melayu dan bumiputera masih belum bersedia lagi untuk kehilangan semua ini. Jangan buat benda ni semata2 untuk meraih sokongan bukan Melayu saja. Lihat pada realiti sebenar sekarang.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s