Dr M: Najib dibayangi ‘tingkat empat’ baru

Malaysiakini

Oct 30, 08 2:41pm

Mantan perdana menteri bimbang kesan negatif pengaruh kumpulan penasihat Datuk Seri Mohd Najib Razak ala pasukan “tingkat empat” yang didakwanya menyebabkan kejatuhan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tun Dr Mahathir Mohamad juga mendakwa hubungan penasihat timbalan perdana menteri ini ada hubungan dengan pasukan penasihat Abdullah, termasuk menantunya Khairy Jamaluddin.

“Saya diberitahu, Najib juga mempunyai penasihat muda yang amat berpengaruh terhadapnya. 

“Mereka ini mempunyai hubungan rapat dengan menantu Abdullah dan tingkat empat, bahkan mereka adalah daripada kumpulan yang sama,” katanya. 

Istilah “tingkat empat” pertama kali dipopularkan oleh Dr Mahathir sewaktu mengkritik Abdullah beberapa tahun lepas bagi merujuk sekumpulan penasihat perdana menteri yang beroperasi di aras empat bangunan Pejabat Perdana Menteri. 

Mereka ini didakwa mempunyai pengaruh kuat dalam penentuan dasar-dasar dalam pentadbiran kerajaan. 

Walaupun mengakui terdapat sumbangan positif kumpulan penasihat, Dr Mahathir bagaimanapun bimbang jika mereka mempunyai kepentingan perniagaan dan cuba mempengaruhi Mohd Najib untuk menggunakan dana awam seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau menyebut syarikat Ethos Capital Sdn Bhd yang diumpamakannya dengan peranan syarikat pelaburan ECM Libra Bhd yang mencetuskan kontroversi susulan penggabungan dengan syarikat berkaitan kerajaan. 

“Apakah Ethos, yang juga terlibat dengan tingkat empat, akan menjadi seperti ECM-Libra? 

“Ethos Capital, sebuah syarikat pelaburan jenis Equity Capital tidak banyak berbeza daripada hedge fund (pengurusan dana). 

“Mereka amat berminat untuk dapat sebahagian dari tabung KWSP yang sekarang berjumlah RM300 bilion untuk mereka urus pelaburannya, kononnya dengan pulangan 40 peratus,” kata Dr Mahathir di blognya Chedet.com.

“Najib harus berhati-hati supaya pisang tidak berbuah dua kali.”
 

2 responses to “Dr M: Najib dibayangi ‘tingkat empat’ baru

  1. penulis_cyber

    Apa agenda Che Det dengan membuat kenyataan ‘berhikmah’ mcm ni ?

    sukar diduga strategi dari bekas PM yang masih kuat ini.

  2. Dia nak kalau boleh dia yang jadi penasihat rasmi, senang lah dia nak arah buat apa2. Tu sebab selama ni dia dok bising je tak puas hati. Dia kalau boleh masih lagi nak mengawal kerajaan dari luar. Tapi tak dapat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s