Debat mampu nilai kemampuan pemimpin negara – Nik Aziz

 

Harakahdaily
Thu | Oct 30, 08 | 5:15:23 pm MYT


KOTA BAHARU, 30 Okt (Hrkh) – PAS menyambut baik saranan diadakan debat dan berharap ianya diadakan secara terbuka bagi menilai kemampuan seseorang pemimpin yang akan memerintah negara masa depan, kata Mursyidul Am PAS,Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata dalam Islam, forum sedemikian sangat digalakkan kerana memberi peluang kepada rakyat menilai sejauh mana kemampuan seseorang pemimpin, keilmuan serta ketaqwaannya.

“Dalam gerakan Islam kita boleh dan berhak memilih seorang pemimpin sama ada yang bertaqwa kepada Allah, latar belakang serta kemampuan dalam ilmu pengetahuan,” katanya yang dipetik Bernama ketika ditemui selepas Majlis Graduasi Pusat Pembangunan Wanita Kelantan di sini hari ini.

Seramai 310 orang pelajar kelas jahitan dan tenungan tangan seluruh Kelantan menerima sijil masing-masing dan akan menjadi tenaga penggerak kepada kemajuan wanita di kawasan masing-masing.

Nik Aziz berkata umat Islam berhak memilih pemimpin berdasarkan latar belakang dan kemampuannya. – mks._   

3 responses to “Debat mampu nilai kemampuan pemimpin negara – Nik Aziz

  1. Debat salah satu alternatif yg baik utk menilai pemimpin secara telus dan terbuka.

    Ps- Cantik wajah baru blog tuan.

  2. penulis_cyber

    Tq…satu pembaharuan ! untuk keceriaan tuan

  3. Bukan susah pun nak berdebat ni, kalau tahu nak bertindak, tahu nak buat kerja, tahu apa yang nak dibuat, tak susah rasanya untuk berdebat. Yang jadi susah tu bila harap penyokong je ramai tapi kosong. Tu yang datang berdolak dalik tu.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s