Ekuiti 30% bukti Melayu bertolak ansur

http://www.utusan.com.my/


SHAH ALAM 30 Okt. – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kuota pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat awam menunjukkan selama ini orang Melayu dan bumiputera lebih banyak bertolak ansur dengan bangsa lain walaupun mereka merupakan 70 peratus penduduk di negara ini.

“Soalnya ialah apakah jumlah yang wajar sebenarnya orang Melayu terlibat di dalam kegiatan ekonomi, pelajaran dan sebagainya.

“Ataupun orang Melayu tak perlu langsung terlibat dalam kegiatan dan mendapat nikmat ekonomi ataupun biarkan orang Melayu terus kekal 20 peratus, tak boleh lebih ataupun patut orang Melayu 60-70 peratus,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Universiti Antarabangsa Al-Madinah di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Naib Presiden MCA, Datuk Liow Tiong Lai menggesa penghapusan dasar pemilikan 30 peratus ekuiti bumiputera dalam syarikat senaraian awam kerana mendakwa ia menjadi halangan dalam mewujudkan kerjasama jitu antara peniaga Melayu, Cina dan India di negara ini.

Beliau berkata, pemimpin dahulu menetapkan kuota 30 peratus mungkin melihat kepada kemampuan kaum bumiputera pada masa itu.

“(Kuota 30 peratus) adalah kebijaksanaan pemimpin-pemimpin terdahulu dan jangan kita hendak ubah kerana semata-mata memenuhi keadaan semasa yang tak logik, tak rasional, tak munasabah dan akhirnya tidak boleh diterima oleh orang Melayu,” katanya.

Mengenai pendapat bahawa dasar kuota 30 peratus itu tidak perlu diteruskan kerana sehingga kini ia masih belum tercapai, Mohamed Khaled berkata, UMNO tidak boleh putus asa dalam berusaha memastikan kuota itu dicapai.

“Kalau kuota 30 peratus itu belum tercapai itu tidak bermaksud kita tinggalkan… kalau pihak lain berputus asa tak mahu meneruskan usaha ini, UMNO akan teruskan juga, kita tak putus asa,” katanya.

Beliau berkata, bagi mencapai sasaran pemilikan ekuiti bumiputera sebanyak 30 peratus itu, golongan bumiputera yang terpelajar dan berilmu perlu digalakkan menceburi bidang perniagaan kerana langkah itu akan meningkatkan pegangan ekuiti mereka di dalam syarikat-syarikat di Malaysia.

Universiti Antarabangsa Al-Madinah merupakan institusi pengajian tinggi swasta yang didaftarkan di Malaysia pada tahun lepas.

2 responses to “Ekuiti 30% bukti Melayu bertolak ansur

  1. Rupa rupanya YB ada blog..saya pun baru tahu semasa cari gambar beliau.

    sapa2 nak tengok boleh ke blog di sini

    http://khalednordin.wordpress.com/

    tq

  2. Kuota yang ada tu pun tak dapat dipenuhkan 100% lagi pun orang nak bising lagi? Bukannya besar sangat pun kalau nak dibandingkan dengan jumlah penduduk melayu yang ada secara keseluruhan.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s