Isu debat calon Ketua Pemuda UMNO -Rapatkan rakyat dengan calon – Shahrir

http://www.utusan.com.my/

KUALA LUMPUR 30 Okt. – Debat di antara calon Ketua Pemuda UMNO wajar diadakan kerana ia akan memberi peluang kepada rakyat mengenali lebih dekat bakal pemimpin masa depan, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Shahrir Abdul Samad.

Menurut beliau, kewibawaan dan ketokohan mereka hanya diketahui di kalangan perwakilan sahaja tetapi tidak kepada rakyat terutama ahli UMNO di peringkat akar umbi.

Shahrir berkata, rakyat dan perwakilan juga ingin mengetahui visi dan wawasan kesemua calon Ketua Pemuda kerana mereka ini adalah pemimpin masa depan.

‘‘Bagi saya tidak ada masalah jika debat diadakan kerana ia harus dilihat bahawa rakyat dan para perwakilan pada persidangan parti Mac depan dapat mengenal dengan lebih dekat siapa pemimpin mereka nanti,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Penurunan Harga oleh pasar raya Tesco di Mutiara Damansara di sini hari ini.

Idea untuk menganjurkan debat di antara calon Ketua Pemuda dikemukakan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin dan ia dipersetujui oleh bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Bagaimanapun seorang lagi calon Ketua Pemuda, Datuk Mukhriz Mahathir menolak untuk diadakan debat itu.

http://syahrilkadir.files.wordpress.com/2008/05/n_29mukhriz.jpg

Mengulas lanjut Shahrir yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna berkata, debat yang dicadangkan itu tidak perlu diadakan seperti debat Presiden Amerika Syarikat (AS).

‘‘Memadailah debat itu diadakan secara teratur yang mana calon-calon perlu menonjolkan wawasan masing-masing dan mengamalkan kempen yang sihat,’’ katanya.

Ditanya sama ada debat itu wajar diadakan secara tertutup atau terbuka beliau berkata, perkara itu bergantung kepada keputusan calon yang bertanding.

Shahrir menegaskan, calon Ketua Pemuda yang bertanding bukan semata-mata mereka berkhidmat kepada parti tetapi juga kepada rakyat.

‘‘Oleh itu pentingnya mereka ini perlu dikenali oleh rakyat dan seluruh ahli parti untuk melihat prinsip serta matlamat mereka untuk menjadi ketua,’’ katanya.

Menurut beliau, debat itu juga boleh menggelakkan daripada kempen-kempen yang tidak sihat menjelang pemilihan parti Mac depan.

One response to “Isu debat calon Ketua Pemuda UMNO -Rapatkan rakyat dengan calon – Shahrir

  1. Berdebat ni bagus, rakyat dapat mengenali calon dengan lebih baik. Kalau berkemampuan kenapa takut untuk berdebat?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s