Kes khalwat: Memey tidak sedar Norman berada di pejabat ketika serbuan

PETALING JAYA: “Saya tidak sedar Norman pulang ke pejabat pada waktu itu. Apa yang saya tahu, setelah serbuan dibuat, barulah saya sedar Norman berada di aras dua pejabat itu,” luah pelakon muda, Memey Suhaiza atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi berhubung kes ditangkap khalwat bersama aktor dan suami kepada pelakon Abby Abadi, iaitu Norman Hakim.

Pelakon dan model berusia 20 tahun itu yang enggan memberikan sebarang komen semalam bagaimanapun hari ini tampil untuk menjelaskan perkara sebenar yang terjadi setelah dia dan Norman ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di pejabat Norman di Ukay Perdana, Ampang sekitar pukul 3 pagi semalam.

Pasangan itu dijangka dihadapkan di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Januari depan.

Dalam nada sugul, Memey menceritakan insiden itu sama sekali tidak disangka akan terjadi kepada dirinya yang ketika ini baru saja merangkak untuk mengukir nama di dalam bidang lakonan.

“Setelah mesyuarat selesai kira-kira jam 12 malam, Norman keluar dan saya bersama beberapa lagi staf yang lain masih berada di pejabat. Kemudian seorang demi seorang pulang dan akhirnya tinggal saya saja di aras satu pejabat itu kerana saya perlu menyiapkan sedikit lagi urusan lain.

“Sehinggalah saya terdengar bunyi ketukan bertalu-talu di pintu, tetapi saya tidak berani untuk keluar lihat. Akhirnya saya hubungi abang Norman, Sophee dan lebih kurang setengah jam selepas itu dia sampai di pejabat.

Memey sanggup berdepan dengan Abby untuk menjelaskan perkara sebenar

“Barulah saya sedar yang pejabat itu telah diserbu oleh JAIS dan Norman berada di aras dua. Saya amat terkejut dengan apa yang berlaku dan saya akui, sehingga hari ini saya masih lagi bingung.

“Saya minta maaf kerana tidak dapat memberikan sebarang komen semalam, bukan kerana ingin menyembunyikan diri, tetapi saya perlu ruang untuk menenangkan fikiran.

“Alhamdulillah, setelah mendapat sokongan daripada ibu dan ahli keluarga semua, barusaya rasa saya mampu untuk berdepan dengan pihak media. Malah, ibulah orang pertama yang saya hubungi sebaik ditahan JAIS,” kata gadis yang dibesarkan di sebuah felda di Kota Tinggi, Johor ini.

Jelas pelakon yang popular menerusi beberapa buah drama seperti Graduan, Farah Syakirah dan Mahsuri ini, dia menganggap apa yang berlaku ini sebagai satu pengajaran buatdirinya.

Namun, Memey tidak nafikan perasaan gusar sentiasa menyelubunginya apatah lagi bila memikirkan perasaan isteri Norman, Abby, yang pastinya terguris ekoran kejadian itu.

Lebih memburukkan keadaan, Memey juga sebelum ini dicop menjadi ‘orang ketiga’ di dalam rumahtangga pasangan itu yang kini dikatakan sedang bergolak, malah sebelum berlakunya insiden itu lagi.

Gosip tentang hubungannya dengan aktor drama Gerak Khas itu mula bertiup awal tahun ini apabila mereka dikatakan mula rapat setelah membintangi drama bersiri Pasrah.

Sehinggalah baru-baru ini apabila khabar angin mengatakan Norman sudah pun bernikah lagi secara rahsia di sempadan Malaysia-Thailand dan wanita itu dikatakan adalah Memey.

Namun, kedua-duanya menafikan hal tersebut.

“Saya tidak harap orang akan faham masalah saya, tetapi cuba letak diri anda di tempatsaya sekarang, apa yang akan anda buat? Berkali-kali saya menafikan yang saya mempunyai hubungan lebih dari seorang sahabat dengan Norman, tetapi dengan apa yang baru terjadi ini, saya tahu orang akan cakap macam-macam pada saya.

“Saya tidak mampu buat apa-apa. Saya sedar, orang akan salahkan saya sebagai perampas mahupun punca pergolakan rumahtangga mereka. Saya hanya berharap saya mampu lakukan yang terbaik untuk membersihkan nama saya.

“Sejak semalam, saya asyik memikirkan bagaimana penerimaan ramai terhadap diri saya selepas ini. Saya amat takut jika kes ini akan turut menjejaskan karier saya.

“Tetapi setakat ini saya bersyukur, stesen televisyen dan pihak produksi drama yang saya terlibat tidak berhasrat untuk ‘gam’ saya atau sebagainya setelah saya hubungi mereka semalam,” kata anak saudara kepada pelakon dan penerbit drama, Darling Ngasri ini.

Ditanya sama ada dia akan berdepan sendiri dengan Abby untuk menjelaskan hal yang sebenar, Memey berkata:

“Saya tiada masalah untuk bersemuka dengannya. Kalau inilah satu-satunya cara boleh jernihkan semula keadaan, saya akan buat. Saya faham buat masa ini, emosi Abby pasti tidak menentu. Masalah sebelum ini pun belum selesai, ditambah pula dengan kes baru.

“Seboleh mungkin, saya akan cuba selesaikan masalah ini. Norman ada juga menghubungi saya semalam dan kami berbincang bagaimana untuk membersihkan nama masing-masing.

“Saya tidak marah jika Abby rasa terguris dengan saya kerana saya faham perasaan yang sedang dia alami,” kata Memey.

Menurut Memey, sewaktu gosip hubungannya bersama Norman bertiup kencang sekitar awaltahun ini, dia sendiri pernah menghubungi Abby dan menjelaskan khabar angin tersebuttidak benar.

“Ketika itu, Abby menerima penjelasan saya. Tetapi, sekarang ini, saya tidak tahu macam mana,” tutur Memey yang ketika ini sedang sibuk di penggambaran drama Bara Ku Genggam untuk siaran RTM.

————————————————————————————

UPDATE : berita SINAR HARIAN

Pelakon kacak ditangkap basah

Seorang pelakon terkenal sebuah siri popular televisyen ditangkap berkhalwat dengan seorang pelakon baru awal pagi semalam.

Cerita mengenai keretakan rumah tangga pelakon itu dan isterinya sering menghiasi akhbar sehari dua ini.

Pelakon itu menyifatkan keretakan hubungan dengan isterinya ibarat pasang surut dalam kehidupan berumah tangga.

Wanita yang ditangkap berkhalwat dengan pelakon itu adalah seorang artis baru. Dia mendakwa khabar tentang kemunculannya sebagai orang ketiga dalam kehidupan pelakon berkenaan sebagai ‘tidak masuk akal’ selain menafikan ada menemui aktor kacak berkenaan setelah berakhirnya penggambaran drama yang membabitkan mereka berdua.

Menurut sumber dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang dihubungi Sinar Harian, pelakon dan artis baru itu ‘dicekup’ jam 3.00 pagi di premis perniagaan yang juga pejabat milik pelakon berkenaan di Ampang.

Menurutnya, serbuan dilakukan hasil maklumat orang awam yang mendakwa sudah menyaksikan perkara ini berlaku beberapa kali. Operasi yang disertai oleh enam anggota JAIS dan tiga anggota polis ini diketuai oleh Ketua Unit Penguatkuasa JAIS Daerah Gombak, Khairul Hazri Sulaiman, 25, yang mengesahkan mereka tiba di premis dan mula mengetuk pintu jam 2.30 pagi namun pintu premis hanya dibuka setengah jam kemudiannya.

Sebaik pintu dibuka, artis baru itu dikatakan berada di bahagian bawah premis manakala pelakon itu pula berada di ‘stor’ bahagian atas premis terbabit. Ketika disoal siasat, artis baru itu menyatakan dia menumpang tidur di pejabat berkenaan kerana tiada tempat tinggal buat masa ini.

Kedua-dua mereka berpakaian lengkap. Bagaimanapun pintu dibuka oleh pemilik bersama premis dipercayai abang pelakon itu sendiri setelah dia dihubungi oleh pasangan ini. Kedua-dua mereka kemudiannya dibawa ke balai polis untuk soal siasat dan segala-galanya berakhir kira-kira jam 4.00 pagi. Mereka dijamin oleh pemilik bersama premis itu dan isterinya. Kerjasama yang diberikan oleh mereka cukup memuaskan,” ujar Hazri.

Tambahnya, selepas ini pelakon itu dan artis tersebut akan disiasat sebelum diberikan tarikh perbicaraan untuk dihadiri di mahkamah syariah.

Sementara itu, tinjauan Sinar Harian di kediaman pelakon berkenaan yang terletak tidak jauh dari lokasi pejabat mendapati dia dan isterinya tiada di rumah. Yang ada hanyalah seorang anggota keluarga terapat isterinya.

Menurut sumber berkenaan, masalah yang menyelubungi pasangan ini sudah lama dimaklumi oleh jiran-jiran mereka. Malah, sanak saudara juga sudah jenuh memaklumkan bahawa pelakon itu dilihat keluar bersama pelakon baru berkenaan.

Sudah lama dia tidak balik ke rumah. Ketika isterinya sakit untuk melahirkan anak, dia memang ada. Selepas ceritanya keluar dalam televisyen baru-baru ini pun, dia ada balik dan membawa anak-anaknya keluar makan piza begitu juga ketika majlis cukur jambul anaknya tapi sebaik sahaja majlis berakhir, dia pun lesap,” ujar sumber yang enggan mendedahkan identitinya.

Tambahnya, dia kesal kerana anak-anak hasil perkahwinan pelakon itu sering bertanyakan di mana bapa mereka.

30 responses to “Kes khalwat: Memey tidak sedar Norman berada di pejabat ketika serbuan

  1. penulis_cyber

    Jam 2 ( akhbar lain jam 3 ) pagi masih dgn lelaki bukan suami ( walaupun ada gosip kata dah kahwin )

    Takkan tak boleh sambung pagi esok?

    Kerja sampai berdua2an tak bolehlah.

    kerja bukan tiket utk lakukan maksiat walaupun ramai gunakan alasan kerja utk halalkannya.

    sayang….pelakon tak jadi model utk masyarakat.

  2. kan katanya dia tak perasan norman hakim ada kat dlm rumah tu.

    jangan la main serkap jarang bang/kak.

  3. urm..mereka bukan berada pada bilik y9 same kan?? jadi mcm mane boleh kire khalwat plak?? urm..mcm ade or9 nk ambil kesempatan nk burukkan reputasi ke2-2nye… kalo berada di pihak y9 benar,…sabarlah, kebenaran msti akan terun9kai ju9ak nanti..

  4. penulis_cyber

    khalwat kalu berada satu tempat yg menimbulkan syak….lainlah dok tengah bendang depan rumah orang siang2…

    tak jadilah khalwat lagu tu….

  5. aku rase ada org dengki… ntah2 org yg balik awal senyap2 tu yang plan semua nih..!! hampeh!!

  6. halal haram dah xkenal…mcm ni la padahnya..sabar je la abby..kebenaran dh depan mata..fikir2 kan la..

  7. saya bersimpati dengan nasib yang menimpa abby.tapi saya harap agar abby kuatkan semangat untuk anak2.bagi saya suami mcm norman tidak sesuai buat wanita yang baik dan penyanyang mcm abby.banyak bersabar ……kami sentiasa menyokong abby………..

  8. jantan ngan betina tu…….. kalu dah dua2 gatal…. x nak mengaku. patut norman hakim x pernah balik umah…si memey mangkuk hayun tu dah ikat kaki duduk ngan dia…..pura2 x ngaku… padan muka …..last2 tuhan tunjuk bukti…..bersabar la abby……lelaki mcm norman tu tak kan berubah… muka cantik mcm abby tu…berlambak lelaki nak…….

  9. btul3..kan khalwat kn dlm stu blik or stu ruang tp bukannye dlm bgunan yg sme…cth tingkat..lg stu..knape la kol 3 tu still lg kt pjabat…x time lain ke nk meeting..dh la bni lpas bsalin..ptutunye jage bini…huhu….

  10. Hanya Allah menyeksi segala2nya, i agree kalau Memey berjumpa Abby dan menerangkan segala2nya, dan Abby mesti bersikap matang untuk mendengar.

    Sesungguhnya Allah akan mengabulkan doa dan melindungi orang2 yg dianiayah! Amin.

  11. ni dah kira tuhan nak tunjuk.selagi tak belaku selagi ITu kita gian dan leka…..sabar abby…dah sampai masa tuhan nak tunjuk kebenarannya….doa org teranaya akan dimakbulkan….diuar sana ada lagi kehidupan yang lebih baik menanti…kita faham perasaan abby tika ni…

  12. Sabar aja lah Abby, mungkin kejadian ni ada hikmah nya, apa guna hidup bersama dgn lelaki yang selalu menyakit kan, jln yang terbaik berpisah.

  13. tapi setengah jam baru buka pintu tu, risau jugak aku.

    takut ke hantu ke takut kena serbu tak pakai baju?

    lebih elok elakkan fitnah.

    Kalu dah tahu ada orang lelaki atau wanita bukan muhrim, cepat2lah keluar.

    tu la, dah kantoi baru malu.

    Moga cepat2 kahwin jika benar suka satu sama lain.

    Yang Berblog,


    http://penembak-tepat.blogspot.com

  14. haiii ketuk pintu pukul 2.30pagi.pukul 3.00 pagi baru bukak pintu.mesti stanby pakai baju & stanby duduk tmt berasingan…aku dah pernah buat camtu la..hihihi…

  15. Abby jangan tuntut cerai, kalau becerai lagi la suka si memey tu, maknanya dia berjaya runtuhkan rumahtangga Abby,
    Dia memang dah mengatal nak kan suami awak.
    Si Norman pulak tak sedar diri, nak bini cantik macam mana lagi? Si Memey tu tak la cantik sangat. tapi belum jadi bini betul2 memang la merengek-rengek gatal, nanti dah jadi bini betul macam biasa juga hilang manja dan merengek rengek tu.

  16. saya harap abby byk2 bersabar……apa yg terjadi mungkin ada hikmahnya. mmg ptt pun abby mintak cerai dgn norman hakim. suami yg baik hanya untuk isteri yg baik je….semoga tuhan pertemukan abby dgn insan yg sejuta kali baik dr norman hakim. yg bleh menjaga ank2 abby. lelaki jahat mcm norman tu hanya untuk betina jahat mcm memey tu je…. mcm mn norman buat dkt abby nanti mcm tu juga dia bleh buat dkt si betina memey tu. zaman skrg tuhan byr cash… si norman tu x yah la nak berlakon nangis2…satu malaysia tau…norman bkn nangis sedih. nangis gembira sbb bila cerai abby bleh kawin dgn memey. bangkai gajah kalu dah busuk ttp dgn apa pun dia busuk juga… insaf la wahai si norman dan si memey. time skrg anda berdua seronok la….suatu hari anda terima lah balasanya….

  17. eeeee teruk betul lah artis sekarang ni,dah mcm tak ada maruah….norman ni pun teruk,kesian abby.memey tu lagilah gatal!!! engko 2 artis baru x ada berkat karang tuhan bgi awak takan kemana2,kerja2 juga….artis lain yg lebih glamour pun x sampai kesubuh mcm kamu tu…sampai kesubuh mesti ada perkara lain…..MEMEY AWAK JGN CUBA NAK KALAHKAN ABBY…DIA DAH LAMA DLM INDUSTRY SENI TAK PERNA TERJADI TERUK MCM AWAK!!!!!

  18. SABAR LAH ABBY…… TUHAN SENTIASA ADIL

  19. Sebenarnya haku pun heran…ketuk2 lama baru buka pintu…mesti ada apa2,MEMEY tu artis baru dah buat hal…HEY!!! artis yang meletup-letup skg ni pun tak lah kerja sampai subuh2.KALAU TAK ADA ANGIN TAKAN POKOK BERGOYANG????TAK pe lah abby,kita kehilangan seseorang tu memberi peluang utk kita dpat yg lebih baik….Mcm erra tu!!! hilang satu dapat yg lebih baik…sabar ye abby..lebih ramai peminat yg akan meyokong kamu…chayo2

  20. KALAU TAK ADA ANGIN TAKAN POKOK BERGOYANG??? SABAR LAH ABBY,KITA KEHILANGAN SESEORANG AKAN MEMBERI KITA PELUANG UNTUK MENCARI YANG LEBIH BAIK OKAY………………..CHAYO2

  21. JANGAN2 MEMEY TU GRO KOT!!!!!!!!!!!!!!!!1 PERAMPAS SUAMI ORANG IKUT TREND CT.NURHALIZA!!!!!!!!!!!!!!!!!!11

  22. HANYA TUHAN YANG TAHU SEGALANYA & HANYA TUHAN YANG MENETUKAN SEGALANYA….ABBY KUATKAN SEMANGAT,SENTIASALAH BERDOA DENGAN YANG MAHA KUASA BERI YANG TERBAIK UNTUK MAHLIGAI YANG TELAH TERBINA…SEANDAINYA PERPISAHAN ADALAH TERBAIK,REDHA DAN TERUSKAN PERJUANGAN HIDUP DEMI ANAK2,SEANDAINYA BERMADU ADALAH TERBAIK,REDHA DAN ANGGAPLAH INI KETENTUAN YANG MAHA KUASA,JADI ISTERI YANG TERBAIK DUNIA DAN AKHIRAT,NESCAYA GANJARAN DARI YANG KUASA MILIKMU……BERPISAH ATAU BERMADU DUA2 PUN SUKAR UNTUK DI TERIMA BAGI SEORANG ISTERI…TP NAK BUAT MCMNE…..KALAU BOLEH DALAM KEADAAN GINI SI SUAMI KENA CARI KELEMAHAN SENDIRI,KENA AKUI KESALAHAN DIRI SENDIRI…..KALAU BINI YANG DAH ADA TU BAIK,PENYAYANG,SEMPURNA..LUPAKAN SAJA NIAT NAK KAWIN LAGI SATU…..BERI JE SEPENUH KASIH SAYANG PD YANG SEDIA ADA TAK PAYAH NAK CUBA2 BAHAGI2 KAN KASIH SAYANG TU……ABBY……JANGAN TERLALU IKUT PERASAAN…..RELAKS DULU NANTI PIKIR2,BARU BUAT KEPUTUSAN……..

  23. UTK MEMEY; Bertaubatlah….. MASJID ORANG TU… ASTAFIRULLAH….
    UTK NORMAN : Isteri anda cantik, tergamak anda….bertaubatlah….

  24. Yang sebenarnya dua-duan pun gatal….JAIS bukan suka2 nak tangkap khalwat…biasanya JAIS sudah buat pemantauan bukan sehari dua jer…kekadang JAIS buat pemantauan lebih dari seminggu dua tau…..Nabil punya cakap…LU PIKIR LA SENDIRI…

  25. saya bersimpati diatas ape yg berlaku pada
    artis kita,pada kak abby juga abg norman
    jgnlah kerohkan keadaan lagi,kita org melayu,
    malulah bila hal rumah tangga jadi publisiti,
    selagi masih suamisteri,pertahankan masjid tu.
    kepada mmey pelakon baru,ini adalah dugaan hebat buat anak gadis muda mcm awak yang baru menempa nama,saya tak mahu tuduh,cukuplah pandai bawa diri,maruah awak terjejas kerana hal mcmni..

  26. Susahlah nak pecaya penjelasan Memey o Norman nih..rasa macam tak dpt diterima akal..kalau difikirkan..tangkapan tue dibuat atas aduan..so maknanya…mayb perkara nie dah selalu berlaku so si pengadu dah geram sangat ..shingga menyebabkan dia buat aduan..bila dah pompuan n lelaki yg punya kisah berada d tempat yg sama pada jam yang mendatangkan syak wasangka..mmg logiklah kena tangkap..n dibuat aduan..c norman pn tk brtngngjwb..sbb keje konon sanggup ambil lebih masa..dgn istri n anak2 tak pulak dia peduli..

    Tak pyhlah Memey nak jumpa Abby..kalau saya Abby, mmg saya tak nak terima pun pnjelasan…mcm ada yg tak kene..apa yg lebih baik..kawin jerlah dgn Norman 2 kalau dah suka sgt..! Dah ramai yg tahu tntg Memey n Norman ..so tak pyhlah sorok2 …Apapun ..HANYA ALLAH YG TAHU APA YG BERLAKU…mta maaflah kalau saya silap..tapi seandainya Norman n Memey kawin..wah..bagaimana ya???Mmg dorng dlm dilemma nih..Yg benar tetap benar n yg salah tetap salah…salam

  27. camnie la….

    lain kali kalau nak selamat… buat macam orang lain.. meeting kat kedai mamak.. kedai mamak buka 24 jam apa…. jadi takder syak wasangka kat situ..

    nie meeting tgh malam kat dalam opis.. siapa pun boleh syak apa…

    takkan ini pon tak boleh pikir?

  28. memang x logik la cerita memey 2,kenapa dia nk call abg pd norman untk buka pintu,memang ada yg xkena dgn cerita POMPUAN @betina 2,ada rahsia lain d sebalik cerita yg d reka2 oleh c betina ni!!!mgaku ajelah awaK dah lama ada hubungan dgn c norman x guna 2,kalu x mcm mn awak ada no phone abg pada lelaki 2,kalu dah pelakon 2 mmg pandai blakon la…….

  29. ko punya statement dlm WHI langsung aku xleh trima. lain wartawan tny,lain ko jwb. ko ni bodoh ker memey? ko klu btol x slah,dr awal dlu ko dah tampil wat pnjelasan spy org smua x wat tanggapan sndiri.tak kira la ko salah ke,x slah ke, yg pnting,BERANI KERANA BENAR. Ni dah terang2 ko mmg dah salah. xmalu ke runtuhkan masjid org? aku nak tgk sejauh mana ko leh pergi wahai memey. ko ngn norman mmg sepadan. norman jantan gatal xsedar dek untungi.memey betina miang tak sedar diri. family ko memey,klu diorg backup ko,maknanya diorang subahat wat maksiat.ha elok jgk satu fmily masuk neraka.SEMOGA ALLAH MEMBERI KEBAIKAN WAT ABBY SEKELUARGA… AMIN….

  30. Pretty nice post. I just stumbled upon your weblog and wished to say that I have really enjoyed browsing your blog posts.
    In any case I will be subscribing to your rss feed and I hope you write again very soon!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s