Khairy, Razali hilang satu pencalonan

http://www.utusan.com.my/

KOTA BHARU 30 Okt. – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin hari ini kehilangan satu pencalonan untuk

 bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan Mac depan.

Ia adalah berikutan tindakan Ibu Pejabat UMNO membatalkan mesyuarat kedua Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang yang diadakan pada 25 Oktober lalu.

Ekoran itu juga Datuk Razali Ibrahim turut kehilangan satu pencalonan bagi jawatan Naib Ketua Pemuda.

Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Tan Sri Annuar Musa (gambar) berkata, sehubungan itu Ibu Pejabat UMNO juga memutuskan mesyuarat Pemuda bahagian berkenaan yang diadakan pada 23 Oktober lalu adalah sah.

Annuar berkata, beliau menerima pengesahan itu hari ini apabila pihak Ibu Pejabat UMNO menghubunginya.

“Ia melenyapkan kekeliruan apabila mesyuarat awal dipengerusikan Ketua Pemuda UMNO Bahagian, Bazlan Baharuddin tidak terbatal sebagaimana dilaporkan sebelum ini,” katanya di sini hari ini.

Dengan keputusan itu juga Bazlan yang menang tanpa bertanding pada pemilihan itu kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO bahagian.

Mesyuarat pada 23 Oktober itu turut mencalonkan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo sebagai Ketua Pemuda dan Datuk Reezal Merican Naina Merican sebagai Naib Ketua.

Sebelum ini akhbar melaporkan mesyuarat perwakilan pergerakan Pemuda UMNO bahagian itu yang diadakan pada 23 Oktober diisytiharkan tidak sah kerana tidak mematuhi serta menghormati keputusan yang dibuat secara bersama di peringkat bahagian berhubung tarikh mesyuarat berkenaan.

Ketua UMNO bahagian itu, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pembatalan mesyuarat tersebut dibuat selepas pihaknya menerima surat daripada Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Husainay Hashim melalui faks.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s